Review: Victoria secret's perfumes
Assalamualaikum, Pejam celik pejam celik dah tinggal 10hari lagi untuk umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Terasa masa sangat laju sehinggakan ibadah puasa yang dilakukan selama sebulan berlalu dengan pantas. Lepas raya, Adlin ada sebulan sahaja untuk siapkan diri untuk Peperiksaan Percubaan SPM ._. Berbalik kepada topik, hari ni Adlin nak buat first review about my new and first Victoria's Secret's perfume. Adlin tak pernah cuba perfume daripada Victoria's Secret , sebab sebelum ni Adlin guna Enchanted Paris . Jadi Adlin rasa sedikit excited and plus this is my first review on this blog ^^ Let's get started! Pic credit to Pakcik Google Masa mula-mula dapat perfume tu, Adlin try the one yang Adlin memang nak sangat, Vanilla Lace . Perfume ni adalah campuran vanilla dengan musk. Secara jujurnya, Adlin beli Vanilla Lace dengan harapan Adlin akan berbau seperti bakery bergerak XD Bakery kan bau wangi, dengan bau vanilla cookies and cakes...