Posts

Showing posts from February, 2016

Kenali warna dan jenis kulit kita

Image
Assalamualaikum, Kepada sesiapa yang mengikuti blog Adlin, dulu Adlin ada share tentang lip care and info, di mana dalam tu Adlin ada share tentang kalau warna kulit kita macam ni, lipstick warna apa yang sesuai berdasarkan warna kulit kita. Jadi hari ini, Adlin nak share tentang warna kulit kebanyakkan wanita Asia, termasuk wanita di Malaysia. Adlin ni tak ada lah pandai sangat, tapi Adlin cuma berkongsi maklumat daripada satu blog. Terdapat 4 warna kulit yang biasanya terdapat pada kulit wanita Asia, iaitu kuning langsat, sawo matang, putih gading dan juga hitam manis. 1. Warm Undertones / Sawo Matang / Beige  - Mereka yang tergolong dalam golongan sawo matang memiliki jenis kulit yang agak gelap daripada kuning langsat dan putih gading. Tetapi warnanya tidaklah seperti golongan si Hitam Manis. Warna bagi kulit sawo matang selalunya manis sahaja, malah kebanyakkan wanita asia seperti Malaysia, Indonesia memiliki kulit sawo matang seperti ini. Contoh dapat dilihat seperti

Random talk: Sorry

Assalamualaikum, Sebulan kita tidak berjumpa, I miss my blog so much. Bulan February berlalu dengan sangat pantas, tak terkejar Adlin. Bila dah lama tak buka blog, bahasa untuk tulis blog pun semakin hilang. Lagi-lagi bila dah lama tak guna otak, tatabahasa ejaan pun dah tak betul. Adlin baru habis tengok cerita My neighbor, Charles. Memang kalau ada masa Adlin akan tengok cerita ni, tengok kesusahan orang yang berjauhan daripada keluarga, terpaksa berpindah dari negara sendiri untuk mencari nafkah. So bila tengok cerita macam ni, Adlin boleh batalkan niat Adlin yang selalu berangan nak duduk Korea konon-kononya. Tapi, dia banyak tunjuk orang Islam yang duduk dekat Korea. Patutnya kena lah tunjuk kan? Tapi yang paling penting, ada lebih kurang seminggu untuk ambil result SPM. Ya Allah seramnya. Adlin tak bersedia lagi, rasa macam tak nak ambil je result, tapi kalau tak ada result macam mana nak mohon universiti kan? Tak pe lah, just berdoa yang terbaik. Batch 98 mesti boleh! Hwai