Review: Victoria secret's perfumes

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah tinggal 10hari lagi untuk umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Terasa masa sangat laju sehinggakan ibadah puasa yang dilakukan selama sebulan berlalu dengan pantas. Lepas raya, Adlin ada sebulan sahaja untuk siapkan diri untuk Peperiksaan Percubaan SPM ._.

Berbalik kepada topik, hari ni Adlin nak buat first review about my new and first Victoria's Secret's perfume. Adlin tak pernah cuba perfume daripada Victoria's Secret, sebab sebelum ni Adlin guna Enchanted Paris. Jadi Adlin rasa sedikit excited and plus this is my first review on this blog ^^ Let's get started!

Pic credit to Pakcik Google

Masa mula-mula dapat perfume tu, Adlin try the one yang Adlin memang nak sangat, Vanilla Lace. Perfume ni adalah campuran vanilla dengan musk. Secara jujurnya, Adlin beli Vanilla Lace dengan harapan Adlin akan berbau seperti bakery bergerak XD Bakery kan bau wangi, dengan bau vanilla cookies and cakes, Adlin suka sangat bau macam tu. Bagi Adlin, perfume ni terpesong sedikit dengan apa yang Adlin harapkan. Vanilla Lace ni ada bau yang sedikit kuat, maybe because of the musk. Adlin memang tak berapa suka dengan bau musk ni, sebab bau tu pelik and buat Adlin bersin je.Bau musk yang kuat ni buat perfume ni bau macam 'tua' sedikit. Tapi lama-lama, bau kuat musk berganti dengan bau sweet vanilla,so it not that bad. Bagi sesetengah orang, bau dia sedap tapi kalau Adlin, Adlin akan bagi 3 daripada 5 bintang. Kalau bau musk tu kurang sikit, Adlin mesti sayang gila dengan perfume ni.

Pic credit to Pakcik Google again


This one, Adlin tak expect Adlin akan suka dengan bau ni sangat-sangat. Pure seduction, bau macam bubblegum. Sangat wangi and fresh. Kalau ikut description daripada Victoria's Secret Official Website, Pure Seduction ni campuran red plum and sweet fressia menghasilkan bau floral and sexy haha. Kalau korang suka bau yang segar, memang Adlin akan cadangkan yang ini. Lagipun, Pure Seduction ni adalah antara 10 top best perfume from Victoria's Secret. Adlin akan bagi 5 bintang daripada 5 untuk perfume ni. Sangat perfect and sesuai terutamanya untuk orang yang aktif,

Ada lagi satu yang sedap sangat. Pear Glace, campuran buah pear dengan melon. Adlin tak pasti bau untuk perfume ni, tapi losyen dia sangat wangi. Bau macam shampoo. Sesetengah losyen tidak meresap dan licin lepas sapu, tapi losyen Victoria's Secret ni tidak melekit dan meresap cepat dalam kulit ceh so kulit kita akan sentiasa lembab.

Till we meet again next time! Do comment your opinion below ^^




Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb