Adlynsofie
Home About Beauty Reviews DIY's KPop d'board Follow

Princess Lyn


A 19 years old girl, who love Korean beauty products a lot, watch a lot of Korean drama and having a mental relationship with Kim Namjoon from BTS :)

Monster talk


Stuff


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah. Edited by Lynn.

Fangirl mode : Bolbbalgan4
Monday, 22 May 2017 • • 2 comments



Assalamualaikum and annyeonghaseyo everyone,



Firstly, I want to congrats to bangtan sonyeondan for winning top social artist at 2017 billboard music award. Woooo Chukhahaeyo bangtan. As an army, I'm totally proud of my boys. They got like 300 M voted on twitter for the award. They also won the best dressed for boy band and get featured on Vogue. You can read the article here. I'm so proud of them ottohkae T.T especially to Namjoon. He's so busy with the interviews, translating to members so that they can interact with others. Our leader is the best! 



Okay back to topic. Sebenarnya hari ni Adlin nak share about one group yang sangat menarik minat Adlin lately. I'm not a fan of Indie genre, but this group is different to me. Sebenarnya Adlin tak sengaja tersuka dekat kumpulan ni tau. Hari tu ada keluar dekat 9gag yang pasal perempuan Korea main long skateboard (Ko Hyojoo), dan dia gunakan lagu dari bolbbalgan4 sebagai background music. Jadi, Adlin tertarik dengan lagu tu, dan terus terjatuh cinta dengan kumpulan ni. 

Bolbbalgan4 ataupun dalam hangul 볼빨간 사춘기 (Bolbbalgan Sachungi) debut pada tahun 2016 dibawah agensi Shofar Music. Kumpulan ni terdiri daripada dua orang ahli, iaitu Ahn Jiyeong dan Woo Jiyoon. Yang menariknya, kedua-dua ni sebenarnya classmates dan kedua-dua mereka pernah muncul di Superstar K6 tahun 2014. 


Stage Name: Jiyoung

Birth Name: Ahn Ji Young

Position: Main Vocalist

Birthday: September 14, 1995

Height: 165 cm

Weight: 45 kg

Blood Type: A


Stage Name: Jiyoon

Birth Name: Woo Ji Yoon

Position: Maknae, Main Rapper, Guitarist

Birthday: January 6, 1996

Height: 160 cm

Weight: 44 kg

Blood Type: A


Dua-dua sangat comel, tapi Adlin lagi suka Jiyeong. Muka dia comel hahaha antara lagu yang Adlin recommend untuk korang dengar ialah fight day, galaxy, you (=I), grumpy, when we fall in love. Alaaa korang dengar je lah semua lagu. Semua lagu dari bolbbalgan4 best sangat. Oh yeah kalau korang tengok MV yang Adlin share ni, make sure buka english subtitles untuk lebiih memahami lagu tersebut.



Fight day


Galaxy

Bolbbalgan4 pernah datang weekly idol episode 290. Tapi sayangnya tak ada english subtitle untuk episode tu. Adlin nak tengok sangat yang tu sebab banyak tau diorang cover lagu kumpulan lain. It's okay tengok je yang raw hahaha till here for today. Good night everyone!



A little about matriculation program - PART 2
Friday, 12 May 2017 • • 0 comments



Assalamualaikum and hello earthling,

Seperti yang dijanjikan, hari ni Adlin nak share a little about matriculation program and kali ni akan lebih tertumpu dekat Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). To be honest, Adlin tak tahu nak start dari mana. So, adlin akan start daripada kuliah. Okay, dalam satu kuliah akan ada lebih kurang dalam 5 kelas tutor, and satu kelas tutor akan dibahagikan kepada kelas a dengan kelas b. Masa batch 2016/2017, selalunya yang guna lecture hall yang besar (LH5 dengan LH6) kelas modul satu dengan kelas modul dua. Kalau modul tiga dengan modul account, selalunya akan guna lecture hall kecil (LH1, LH2, LH3 and LH4).

Kat sini semuanya lengkap disediakan untuk student, ada indoor gymnasium, ada basikal untuk kita pusing-pusing KMPk (tapi Adlin tak main pun basikal tu lol) ada mesin basuh disediakan dekat setiap blok. Kiranya macam-macam lah ada,

Oh, apa yang paling best kat KMPk ni, cafe kat sini ada banyak sangat makanan yang sedap. Kalau nak senaraikan mesti akan ada satu senarai panjang. Nasi putih ayam blackpaper, nasi ayam, nasi tomato, kuey tiaw kungfu, kuey tiaw hongkong, and yang paling special kat KMPk ni ialah burger hongkong. Sumpah sedap lagi-lagi bila waktu malam kita dah penat study, ada burger hongkong pulak.

Kat bawah ni adlin sharekan gambar-gambar Adlin sepanjang kat sini.

Ni lah tandanya yang korang sedang belajar dekat KMPk. Maaflah model tu menyemak je

Dewan kuliah 5

Permandangan dari makmal biology 

Boleh main indoor games dekat bahagian atas library

Tanda yang korang akan nampak di antara pejabat dengan cubicle

KMPk ada banyak gila tangga. And ada satu tangga tu sangat cerun



Belakang makmal. Kat sini kalau sunrise cantik sangat

Permandangan ni yang korang akan nampak setiap hari. Sunrise daripada aasrama lelaki and sunset daripada asrama perempuan

Antara aktiviti anjuran JMM, iftar perdana

Permandangan dari asrama perempuan

Adlin rasa post ni tak berapa nak membantu, tapi Adlin harap adik-adik yang bakal masuk KMPk akan dapat gambaran tentang KMPk. Apa-apa pun semoga gembira belajar disini.


Linjourney : Cruise at Putrajaya
Wednesday, 10 May 2017 • • 3 comments



Assalamualaikum and hello earthling,

Alhamdulillah 1000x sebab akhirnya Adlin dah officially graduated dari matriks. Lepas ni, Adlin sambung buat part two of a little about matriculation college.

Anyway, Adlin kan dah menetap dekat area Sepang ni dari umur 6 tahun, sampailah Adlin dah 19 tahun. Memang setiap bulan Adlin akan pusing-pusing Putrajaya sama ada sebab nak pergi Alamanda (masa ni tak ada IOI City Mall lagi) ataupun sekadar jalan-jalan dengan family. Tapi, sepanjang Adlin tinggal kat sini, Adlin tak pernah naik cruise yang kat Putrajaya tu.

Tapi, semalam akhirnya Adlin dapat jugak naik cruise, pusing tasik Putrajaya tu. Tu pun sebab ikut ummi (ibu saudara Adlin sebelah papa). Anjuran Muslimat Masjid Kota Warisan. Adlin pergi dengan ummi, abi, and anak-anak ummi.

First time naik cruise kat Putrajaya, menarik sebenarnya pengalaman tu. Cruise ni ada yang 20 minit, ada 40 minit and ada pakej yang siap makan-makan dalam cruise lagi. Sumpah kalau nak kahwin atas cruise ni, memang akan menarik sangat-sangat. Hehehe berbalik kepada cruise, masa perjalanan akan ada sorang tour guide yang akan terangkan permandangan kiri dan kanan sepanjang Tasik Putrajaya. Adlin tak bawak buku nota masa tu, so Adlin tak salin pun apa yang dia cakap hehehe and bila kita dah pusing balik, baru boleh naik tingkat atas untuk ambil gambar.

Serious Adlin rasa ni pengalaman yang sangat menarik. Cuaca masa tu baru habis hujan, jadi segar and sejuk je rasa. Pergi dengan rombongan 'mak cik kiah' memang ada banyaklah makanan jawabnya. Kuih apam, sandwish sampai tapai pun ada. Oh, kalau korang datang Putrajaya, Adlin recommend naik cruise ni. Tapi, harga tiket Adlin tak sure, sebab semuanya under ummi Adlin. Kalau mahal nak naik cruise, banyak lagi tempat menarik kat Putrajaya ni yang boleh pergi. Jangan risau!

Kat bawah Adlin sharekan sikit gambar sepanjang trip ni.

Pembahagian makanan oleh acik-acik ni. Kenyang perut
Radwa

Rombongan muslimat

Kuat berangan memang macam ni.. Badan Adlin naik, so jangan tegur!


Ummi, Husna and Radwa



A little about matriculation program - PART 1
Friday, 5 May 2017 • • 0 comments



Assalamualaikum and hello earthling,

Alhamudillah lagi empat hari, Adlin finally graduate from Perak Matriculation College after 10 months being a student there. 10 bulan yang Adlin rasa penat sangat. Okay back to topic, hari ni Adlin nak share sikit pasal kehidupan di matriks untuk adik-adik yang bakal masuk matriks terutamanya yang bakal jadi student KMPk. Adlin harap dengan sharing pengalaman sendiri, dapat lah membantu adik-adik supaya prepare hati, mental dan fizikal untuk menghadapi kehidupan sebagai student matriks.

Program matrikulasi ni adalah salah satu jalan yang selalunya diambil oleh adik-adik lepasan SPM untuk menyambung pelajaran. Selalunya kita dengar orang cakap yang "Hmm matriks susah." ataupun "Duk matriks stress lah.". Adlin nak tipu pun, tulah kenyataan dia. Masuk matriks memang akan stress pun. Tapi korang, ni lah masanya nak cabar diri kita. Kita tak akan tahu kemampuan diri kita sampai mana. Abaikan apa orang cakap. Kalau korang rasa keputusan masuk matriks tu yang terbaik, masuk je. Redah je //Adlin merapu.// Jangan dengar cakap orang. Kecuali orang tu adalah mak sendiri. Kalau mak tak kasi, jangan jadi anak derhaka okay?

Okay, start again. Bagi sesiapa yang tak tahu program matriks ni macam mana, ada tiga module science and satu module account akan ditawarkan kepada students. Ada sesetengah college menawarkan course teknikal, tapi KMPk tak ada course teknikal. Antara subject yang korang akan belajar mengikut module korang:

Module satu: Mathematics, Chemistry, Biology, Physic
Module dua: Mathematics, Chemistry, Physic, Sc computer
Module tiga: Mathematics, Chemistry, Biology, Sc computer
Account: Mathematics, Ekonomi, Account, Pengurusan Perniagaan (Business)

Adlin ambil module tiga, so basically kita akan banyak hafal. Kalau ambil module dua pulak, banyak kiraan yang kita akan buat sebab physic. Adlin memang tak suka kira-kira ni sebab tu ambil module tiga. Kalau korang rasa boleh buat, better ambil module satu.

Masa semester satu, untuk subject biology dengan chemistry, mostly kita revise balik apa yang kita belajar masa sekolah menengah, tapi dengan lebih mendalam. Kalau biology, kita start dengan topic molecule of life, belajar pasal air, carbohydrates, lipid. Ada topic cell division, population, mendalian law semua tu, dna replication. Kalau semester 2, start dengan tajuk paling panjang and memeningkan, biodiversity. Kena hafal phylum, class, characteristics of each phylum. Pastu belajar chapter glycolysis, enzyme, photosynthesis. Tak payah lah tahu semua nanti pening, cukup lah korang tahu sikit-sikit je. Oh, and Biology untuk dua semester ada lebih kurang 20 chapters.

Untuk chemistry, untuk semster satu, basically korang banyak kira. Calculator penting untuk semester satu. Korang akan mula dari basic kira molar mass, moles, molarity, molality, mole fraction, macam-macam kira. Kalau semester dua pulak, chapter yang paling best organic chemistry. Sumpah chapter best, hafal je tak ada kiraan pun. Macam biology, chemistry pun ada lebih kurang 20 chapters jugak untuk dua semester.

Untuk mathematics, alaa mathematics kena tahu nak kira je. Hafal formula and jangan salah tekan calculator. Antara chapter yang korang akan belajar, integration differentiation permutation and combination, limits, apa tah lagi hahaha subject yang Adlin rasa paling susah untuk survive. Tak silap Adlin, mathematics pun 20 chapters untuk dua semester.

Sc computer pulak, senang nak score subject ni kalau korang rajin menghafal. Semester satu ada empat chapter, and hafal je. Semester dua pun empat chapter, multimedia, database, information system and programming. Untuk programming agak tough, tapi sebenarnya okay je. Buat banyak latihan in sya Allah boleh score.

Untuk physic, Adlin tak ambil subject physic tapi apa yang Adlin tahu serba sikit pasal subject ni, First of all, semester satu fizik banyak main dengan persekitaran. Contohnya kita belajar pasal speed, project tile motion, torque. Semester satu banyak kiraan and akan jadi senang kalau korang insaf awal. //Adlin tak cakap, roommate yang cakap.// Oh, and physic semester satu banyak bersambung. Contohnya kalau tak faham chapter one atau chapter two, korang akan susah nak buat chapter belakang. Sebab sometimes formula dari chapter depan akan guna kat chapter belakang. Kalau semester dua pulak, dia banyak chapter tapi tak sama macam chapter satu. Contohnya chapter one belajar pasal electric, chapter two pasal electric chapter three pun electric. Kebanyakkan semester two belajar pasal electric, radioactive. Lagi satu dia tak banyak kiraan yang complicated. Kena faham soalan je. Untuk exam pulak, dari semester satu kena pandai graph. Tu soalan wajib. Untuk semester dua,tak ada soalan wajib. Means dari 8 soalan, pilih je 6 soalan. So kita boleh prepare chapter yang kita nak je. Kita boleh prepare awal sebab kita akan tahu pattern soalan macam mana. In a nutshell, physic sebenarnya menarik. Banyak experiment best yang boleh buat korang kagum. Korang kena more focus dalam lab, sebab kalau faham dalam lab korang akan lebih faham thoery dia. Pesanan dari roommate Adlin, physic tak susah pun. Jangan dengar cakap orang  yang physics ni susah. -Ain the seekers


Adlin tak boleh nak describe sangat pasal account. Tapi jangan anggap account senang. Pun susah jugak. Sama je macam student yang ambil aliran science. Roommate Adlin ambil account, so Adlin tengok banyak juga kena hafal untuk ekonomi. Untuk business dengan account pulak banyak kira. Kira hutang, kira debit credit. Entahlah hahahah Paling interesting pasal student account, paper diorang semua satu. Kelas pun selalu start lambat, kadang-kadang balik awal. Jealous.

Adlin harap dapat bantu serba sikit kat adik-adik yang baru nak masuk matriks. Nanti Adlin akan update part two and part three. Kali ni lebih kepada kolej Adlin, Kolej Matrikulasi Perak. See you soon ~



HAPPY BELATED 19th BIRTHDAY!
Saturday, 8 April 2017 • • 2 comments



Assalamualaikum and hello earthling,


3 April 2017,

Finally, Adlin turns 19 years old. Alhamdulillah, dapat hidup sampai umur 19tahun. Bila masuk umur baru, buat Adlin sedar yang Adlin dah nak dekat dua dekad hidup. Sekejap sangat masa berlalu. Terasa macam semalam je Adlin masuk darjah satu, sekarang ni dah nak sambung degree. Adlin selalu fikir, sepanjang hidup aku ni, berapa kali aku buat baik dengan orang, and berapa banyak pulak benda jahat yang aku buat kat orang? Berapa banyak kali aku kecewakan mama dengan papa, sedangkan aku tak pernah banggakan mama dengan papa lagi. Teruknya Adlin ni sebagai seorang anak, lagi-lagi Adlin ni anak sulung. Lagi banyak tanggungjawab Adlin yang Adlin tak buat pun pada keluarga Adlin. Paling penting, berapa banyak amalam yang Adlin dah kumpul untuk persiapan diri Adlin?

 Anyway, bila Adlin celebrate bithday kat college, Adlin ingat Adlin akan celebrate sorang diri je. Kat rumah at least terasa juga yang ahli keluarga kita akan ingat birthday kita, tapi kalau kat asrama, siapa je yang nak ingat. Adlin terkejut sangat masa diorang datang bilik memalam, and bawak kek handmade. Hahaha Serious lawa kek tu. Ada apollo, and chocolate stick and taburan chocolate cereal. And diorang paksa Adlin habiskan kek tu malam-malam. And tak sangka, malam 3 April tu tak sangka classmate Adlin sanggup habiskan duit untuk birthday celebration tu. Beli dominos pizza, beli indulgence cake kat Secret Recipe. Ya Allah, serious terharu.

Adlin nak ucapkan terima kasih group #harams yang susah-susah plan semua event ni. Ku Nur Baqirah, Nosyahadah, Amelia Anis and Afiqah Ali. Thank you so much. Tanpa korang, tak tahu lah macam mana nak survive kat matriks selama 11 bulan ni. Thank you juga untuk segala ilmu yang korang ajar, tak habis-habis dengan soalan maksud Markovnikov's rule and Saytzeff's rule. Thank you untuk segala movie night, pakai mask sesama, masak carbonara dalam periuk nasi, bagi pinjam duit bila tengah sesak. Korang lah my best friends sepanjang kat college ni. Kepada classmate B2T10, Shanon, Sarah, Laily, Syafiqah, Syafiq, Fizi, Izzati, Mira, Sya, Fatin, Hajar, Raja, Fatehah, Khad.. Thank you for the surprise party. Adlin sumpah tak perasan korang punya plan, walaupu banyak kali terlepas cakap. Seriously korang lah kawan the best Adin. Sayang korang!

#harams


B2T10