Lip care and info
Assalamualaikum humans, Hari ni Adlin nak share tentang salah satu benda penting untuk seorang perempuan. (Well, bagi Adlin benda ni penting untuk perempuan). Antara salah satu aksesori wajib bagi seorang perempuan atau wanita ialah lipstick. Bagi Adlin, lipstick ni sangat penting untuk mengelakkan wajah akan terlihat pucat. Selain itu, sesetengah lipstick juga datang dengan fungsi bagi melembabkan bibir kita. Cara yang paling baik agar bibir kita nampak mongel adalah dengan menggunakan lipstick yang mengandungi pelembab. Sekarang, warna lipstick bukan sahaja datang dalam warna seperti merah dan pink, tetapi juga warna ungu, hitam malah hijau juga boleh didapati. Tetapi, kita haruslah berhati-hati dalam pemilihan warna lipstick kerana bimbang lipstick tersebut tidak mencantikkan, malah mencacatkan penampilan kita pada hari tersebut. Jenis-jenis lipstick 1. Pengilat bibir (lip gloss) - Pengilat bibir kerap menjadi pilihan bagi seorang per...