Kenali warna dan jenis kulit kita

Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yang mengikuti blog Adlin, dulu Adlin ada share tentang lip care and info, di mana dalam tu Adlin ada share tentang kalau warna kulit kita macam ni, lipstick warna apa yang sesuai berdasarkan warna kulit kita.

Jadi hari ini, Adlin nak share tentang warna kulit kebanyakkan wanita Asia, termasuk wanita di Malaysia. Adlin ni tak ada lah pandai sangat, tapi Adlin cuma berkongsi maklumat daripada satu blog.


Terdapat 4 warna kulit yang biasanya terdapat pada kulit wanita Asia, iaitu kuning langsat, sawo matang, putih gading dan juga hitam manis.

1. Warm Undertones / Sawo Matang / Beige 
- Mereka yang tergolong dalam golongan sawo matang memiliki jenis kulit yang agak gelap daripada kuning langsat dan putih gading. Tetapi warnanya tidaklah seperti golongan si Hitam Manis. Warna bagi kulit sawo matang selalunya manis sahaja, malah kebanyakkan wanita asia seperti Malaysia, Indonesia memiliki kulit sawo matang seperti ini. Contoh dapat dilihat seperti Nabila Huda.

2. Natural Undertones / Kuning Langsat / Coklat Terang
- Mereka yang memiliki kulit berwarna kuning langsat ini biasanya agak putih tetapi lebih kepada kekuningan. Tone warna kulit ini berada di tengah-tengah antara sawo matang dan putih gading. Warna yang amat cantik bagi Adlin sebab mereka yang memiliki kulit kuning langsat ini cerah tetapi tidak sampai pucat. Contohnya kulit Neelofa.

3. Cool Undertones / Putih Gading / Ivory
-  Bagi anda yang memiliki kulit putih gading, paling senag dikesan. Mereka ini tergolong dalam golongan warna kulit carah. Kebanyakkan wanita di Korea dan Jepun memiliki kulit yang cerah, malah mereka begitu obses dengan keputihan kulit mereka. Bagi artis Malaysia, contoh dapat dilihat pada Emma Maembong. Sebab tu bila dia make up, makin menyerlah keputihan muka kak Emma.

4. Hitam Manis / Gelap
-  Barisan warna kulit yang dimiliki oleh masyarakat etnik Asia yang begitu sedikit bilangannya, ialah mereka yang memiliki kulit Hitam Manis. Namun, siapa kata mereka ini tidak cantik? Cuba tengok Kajol, cantik sahaja kulitnya. Bak kata pepatah (eh, pepatah ke?) hitam-hitam si tampuk mangis, semakim hitam semakin manis. (Ceh Adlin)

Jadi, apa warna kulit korang? Warna kulit Adlin sawo matang, tetapi terima kasih kepada pencipta bb cream dan foundation, kulit Adlin jadi putih melepak dalam gambar. XD

Seterusnya, Adlin nak share tentang jenis-jenis kulit yang perlu kita ketahui.

1. Kulit normal
- Bagi Adlin, kepada sesiapa yang memiliki kulit normal ini, sangat bertuah. Kulit mereka biasanya halus dan bersih seperti kulit bayi. Mereka juga biasanya tiada masalah untuk membeli product kecantikan kerana kebanyakkan mereka sesuai dengan semua jenis product.

2. Kulit kombinasi
- Mereka biasa memiliki sesetengah area yang kering manakala sesetengah area yang berminyak apabila disentuh. Biasanya mereka mempunya bahagian berminyak di bahagian T-zone manakala kering di bahagian pipi dan dagu. Ada sesetengah kes juga mereka berminyak di bahagian pipi, tetapi sangat kering di bahagian T-zone.

Mereka yang memiliki kulit seperti ini perlu penjagaan kulit yang lebih teliti supaya kulit tidak cepat rosak. Kadang kala, kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis product yang digunakan, keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah yang akan mereka hadapi ialah kelenjar minyak yang tidak sekata, muka terlampau kering atau terlampau berminyak, jeragat (pigmentasi), whitehead dan blackhead terutamanya di kawasan hidung dan pipi.

3. Kulit kering
-  Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua-duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin, pembersih muka yang beralkali tinggi, kurang minum air dan ubat-ubatan.

Masalah yang biasa mereka hadapi adalah kedu atau garis-garis halus, bintik-bintik hitam (freckles), whitehead, jeragat, hitam di sekeliling mata, dan kulit kusam.

4. Kulit berminyak
- Kulit seperti ini biasanya kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah dengan jerawat kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Faktor hormon, cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga menyebabkan kulit berminyak. Satu-satunya kelebihan bagi mereka yang memiliki kulit berminyak ialah melambatkan proses penuaan.

Masalah yang biasa mereka hadapi ialah blackhead, jerawat, pori-pori terbuka, parut, dan keseluruhan kulit berminyak.

5. Kulit bermasalah
-  Kulit begini mempunyai ciri yang sama dengan kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon menjadi punca utama bagi mereka. Oleh itu, pembersihan muka yang sempurna amat penting untuk mengelakkan masalah jerawat pada muka. Hormon juga mengakibatkan muka kita akan tumbuh dengan jerawat ketika haid-hanya untuk sementara waktu.


Masa Adlin baca ni pun, Adlin dah tahu memang Adlin ini ada combination skin. Berminyak dekat bahagian T-zone, tapi normal di bahagian pipi dan dagu. Adlin juga ada masalah whitehead dekat bahagian hidung. Tapi, sejak menggunakan pencuci muka Nano White dan toner Nano White juga, Alhamdulillah dia sebati(?) dengan kulit jadi dia buat pori kecil sikit. Huhuhu Yang paling penting sekali sebenarnya ialah kerajinan dalam diri kita. Tiada seorang manusia pun yang hodoh tapi semuanya bergantung kepada kerajinan.


Credit to here dan juga daripada beberapa bahan bacaan yang lain.

Comments

Unknown said…
Assalammualaikum .
Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
Pemilihan komestik dan skincare yang betul perlu mengambil kira Jenis jenis Kulit Terlebih Dahulu .Kulit yang sihat tidak semestinya putih melepak bak salji tetapi mestilah bebas dari bakteria dan kuman baik luaran dan juga dalaman :)
Unknown said…
PERHATIAN!!!!! PERHATIAN!!!!!!!
Nak kulit GLOWING dan PUTIH GEBU seluruh badan?
Nak jadi yang paling MENAWAN di kalangan kawan dan rakan sekerja?
Nak produk yang JANJI BERKESAN tanpa kesan sampingan?

Cubalah Zettawhite whitening kapsul dari Taiwan!!
Inilah rahsia kulit artis Taiwan begitu putih dan cerah!!!
Inilah peluang anda memiliki kulit yang serupa artis!!

Mengapa Zettawhite?
Capros dari Phyllanthus Emblica (US whitening Patent 6124268, 6290996, 6235721, 6362167, 6649150, 8206757, EP 1465589 B1) : sudah ada research paper mengesah ia ada whitening effect . Memutihkan badan dengan mengurangkan melanin
Revasterol: anti-penuaan
Ceramide: membaiki cell, mengurangkan flek hitam, melembapkan kulit
L-cysteine: mengambil tempat dlm proses pembentukan l-glutathione. Ia juga mengurangkan jeragat, pigmentasi
Coq10 (US7910340, DE60225478, EP1466983, RU2298035, AU2002357526, CA2471763, JP5074287, CN100523205, I349039 skin patent): dari kilang Kanebo, Japan yang adalah kilang penghasilan coq10 terbesar di dunia dan mempunyai pengalaman dlm hasilan coq10 selama 40 tahun yang menghasil 100% natural coq10, bukan sintetik. Sudah ada research ia dpt mengurangkan kedut.
Bioperine (US Patent 5536506; 5744161; 5972382; 6054585; JP3953513; CA224746 ; EP0810868): meninggikan absorption semua content lain, biar semua yang dimakan berefektif & X dibazir!!

Nak order?
Pm page: https://www.facebook.com/Zaqueno-Skin-1698193270483766/?ref=bookmarks
>> direct link ke pm: https://www.facebook.com/messages/1698193270483766/
atau whatsapp 010-840 9080
>>direct link ke whatsapp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60108409080
atau wechat: zaqueno

Popular posts from this blog

Review: Victoria secret's perfumes

Review : Sunk into the womb