I'M BACK
Assalamualaikum,
Hi Hi Hi. Lamanya tak update dekat sini. Lagipun kat sini memang baru ada dua post je kan? Almaklumlah, ada orang tu kan nak SPM tahun ni XD Tu yang sibuk memanjang. Bukan sibuk study, sibuk berangan bila nak habis sekolah hahahaha Ni bila cuti dua minggu baru ada kesempatan menulis.
Pejam celik, pejam celik, Ramadhan tahun ni hampir tiba. Dah tiba masanya untuk kita sama-sama berubah menjadi seorang yang lebih baik. Dan perubahan ini di harapkan berterusan sepanjang Ramadhan, bukannya pada bulan Ramadhan sahaja.
Bila berlalu sahaja bulan Ramadhan, maksudnya percubaan SPM semakin dekat. Takut sebab diri tak berapa prepare untuk SPM. Kadang-kadang, Adlin akan tertanya-tanya, 'aku dah nak exam ke?' memang takut lagi-lagi keputusan pertengahan tahun tidak begitu memuaskan. Tapi, berkat doa semua, In sya Allah, Adlin dapat buat yang terbaik. Jangan risau sangat. Do the best, doa usaha dan tawakal.
Nampaknya Adlin dah semakin merepek macam kerepek. Ahaks Sampai di sini sahaja nukila ceh dari Adlin Sofiya. Semoga bermanfaat kepada semua.
Comments