Review: Innisfree It's real sheet mask - blackberry

Assalamualaikum,

Masa berlalu dengan laju sangat cepat sekarang ni. Peperiksaan yang menentukan masa depan Adlin pun semakin dekat. Tinggal 14 hari sebelum SPM, Adlin pun dah start busy sangat sekarang ni (tapi masih ada masa nak update blog XD)

Okay dalam post kali ni Adlin nak review pasal Innisfree It's real black berry mask. Shout out to my bestfriend, Elis sebab susah-susah bagi Adlin mask ni and suruh Adlin review pula walaupun Adllin busy. Korang boleh follow Elis dekat instagram, ei.lis

Untuk sesiapa yang tidak tahu, Innisfree merupakan salah satu produk Korea yang mampu dimiliki (terutamanya untuk pelajar sekolah yang tak banyak duit macam Adlin) dan kebanyakkan bahan-bahannya merupakan daripada tumbuhan. Sebenarnya ini pun kali pertama Adlin pakai mask jenama Innisfree, selama ini Adlin beli mask dekat Sasa je, jadi Adlin pun sedikit teruja nak try mask ni. 


Tengok depan pun dah comel 


Tak macam product lain, Innisfree It's real ni siap letak english information dekat belakang. Jadi tak adalah kita ragu-ragu sangat dengan kandungan yang ada dalam mask ni.


Menurut apa yang tertulis dekat belakang paket ni, Innisfree It's real squeeze mask - blackberry is a real source mask with moisture from squeezed blackberries that are full of nourish to keep skin healthy. Jadi mask ni berperanan untuk memastikan kelembapan pada kulit kita.

Ingredient list: Water, glycerin, butylene glycol, cetyl ethylhexanoate, caprylic / capric triglycerida, citrus paradisi (grapefruit) fruit extrct, rubus fruticosus (blackberry) juice, polyglyceryl-3 methylgyucose distearate, glyceryl stearate, dimethicone, PEG-100 stearate, carbomer, xanthan gum, ethylhexaylglycerin, adenosine, potassium hydroxide, sodium hyaluronate, citrus unshiu peel extract, orchid extract, camellia sinensis leaf extract, camellia japonica leaf extract, oputia coccinellifera fruit extract, disodium EDTA, phenoxyethenol, fragrance.

Kalau korang nak tahu function atau kebaikkan bahan yang digunakan, bolehlah rujuk dekat cosDNA analysis. Dekat situ korang akan tahu function dan juga sama ada product ni berbahaya kepada kulit atau tidak. 

Attention: Jangan sesekali terfikir nak guna mask ni sekiranya ada alergic dengan blackberry, alcohol dan juga pewangi.

Adlin pakai mask ni sebelum tidur, lepas dah cuci muka, gosok gigi semua baru Adlin pakai. Kebetulan, petang tu kulit Adlin terdedah dengan matahari sebab mandi kolam, jadi Adlin macam letak sedikit harapan mask ni akan pulihkan muka Adlin dari terkena sunburn. Huhuhu


Hasil bila pakai mask tak nak tengok cermin. And yes this is me.

Adlin suka bau blackberry, bau yang tak terlalu kuat macam sesetengah mask. Mask ni dibuat dari cotton yang sangat nipis, kalau tak berhati-hati memang akan koyak. Bila kita keluarkan mask ni, tak banyak mucus (Adlin tak tahu nak panggil apa cecair mask tu) yang tinggal dekat dalam plastic tu. Kebanyakkan mask yang Adlin pakai, dia memang ada banyak sangat mucus, dah sapu dekat leher pun masih lagi banyak. Adlin rasa macam selekeh for some reason. Mungkin sebab banyak sangat mucus tu boleh tertumpah dekat bawah. 

Expectation Adlin menurun setelah 5 minit pakai mask ni, sebab rasanya sama macam sebelum ni. Adlin memang rasa dia tak akan effect kulit Adlin sangat.Tapi, selepas 20-30 minit pakai,(masa yang dicadangkan cuma 10-15 minit) Adlin dapat rasa kelainan kat kulit. Kulit Adlin menyerap sepenuhnya semua cecair tu. Kulit Adlin jadi sangat sejuk, mungkin disebabkan oleh cooling effect yang ada dalam mask ni. Kulit Adlin yang mulanya sedikit kering disebabkan matahari dan air kolam yang banyak clorin tu, mula melembab, malah kulit Adlin jadi sangat fresh selepas tu.

Conclusion: Secara keseluruhan, Adlin suka sangat mask ni. Sangat berkesan kat kulit walaupun baru first time pakai. Jadi memang Adlin akan beli mask ni semula pada masa hadapan. Mungkin beli yang lain macam kiwi, green tea atau manuka honey. 

Dan kalau korang nak beli mask yang sama, boleh beli dekat instagram akak ni, boleh dapat rm4 untuk satu helai mask. Okay sampai di sini sahaja post kali ni. Jumpa lagi selepas SPM. 



Comments

Anonymous said…
menariknya :D

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review: Victoria secret's perfumes

Review : Sunk into the womb