Pure honey face mask

Assalamualaikum,

Hari ni masuk hari kelima Adlin habis SPM, maksudnya hari ni masuk hari kelima Adlin mereput kat rumah hahahaha. Lepas ni, Adlin ada banyak masa nak update blog and review thing here. Oh ye, ada tak sesiapa perasan background blog ni? Comel tak? I'm in love with my new background hahahaha

Back to topic, so sepanjang minggu exam, Adlin sebenarnya tak ada masa pun untuk rawat kulit Adlin cehh sama ada nak beli online atau walk in dekat kedai, memang dua-dua tak sempat. Kebanyakkan masa Adlin dekat sekolah, dekat rumah dan dekat pusat tuition. Even sejak habis paper ni pun, Adlin tak keluar rumah lagi. So, Adlin buat research tentang apa-apa bahan dapur yang boleh dijadikan face mask, and di situlah Adlin dapat tahu tentang kebaikkan madu kepada kulit kita.

Kenapa madu? Madu tu bersifat melekit dan tentu ada yang terfikir, tak takut ke kena gigit semut kalau letak madu. Hehehe sebenarnya madu ada banyak kebaikan terutamanya kepada kulit kita, seperti melembabkan dan agen pembersih. Sesetengah produk kecantikkan juga menggunakan madu dalam produk mereka seperti Innisfree manuka honey face mask dan skin food royal honey.

Kebaikan madu untuk kulit:
* Madu adalah antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan akibat daripada sinar matahari.
* Madu juga memiliki sifat pelembab dan agen pembersih.
* Madu membantu dalam pembentukan kolagen, sekaligus mempercepatkan bekas luka untuk sembuh.

Ada banyak cara kita boleh gunakan madu ni. Ada yang menggunakan sebagai pencuci muka, ataupun face pack dan juga scrub wajah. Kita boleh juga campurkan beberapa bahan lain untuk kesan yang berbeza.

Madu sebagai pencuci muka:
Campuran satu sudu madu bersama air hangat boleh digunakan sebagai pencuci muka. Biarkan muka selama beberapa minit sebelum dibilas. Boleh juga gantikan air dengan susu atau air mawar untuk keberkesanan yang lebih tinggi.

Kebaikan: Sangat berkesan kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat yang parah dan juga memiliki kulit kering.


Face mask madu:

Cara 1: ambil satu atau dua sudu madu. Letakkan pada kulit tanpa ada apa-apa campuran bahan lain. Biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas. Biasanya cara ini digunakan sebelum tidur seperti sleeping pack.

Kebaikan: adlin guna cara ni je sebelum ni. Memang berkesan kepada kulit sebab rasa kulit sangat segar dan lembab seperti baru pakai mask mahal huhuhu. Kulit juga jadi lembut dan halus je. Tapi, berhati-hati semasa buat mask ni. Pastikan rambut diikat dan jangan tumpah ke atas katil (kalau buat atas katil macam Adlin)

Cara 2: ambil satu atau dua sudu madu, dan campurkan bersama satu sudu lemon. Gaul sebati dan sapukan pada muka sebelum dibiarkan selama 15-20 minit.

Kebaikan: lemon ni sangat bagus kalau kita nak putihkan muka. Kandungan vitamin c yang tinggi dalam lemon menjadikan lemon sebagai bahan yang boleh mencerahkan kulit.

Cara 3: ambil satu atau dua sudu madu dan campurkan bersama serbuk kayu manis (boleh didapati di kedai, tapi Adlin guna lesung batu untuk hancurkan kayu manis). Sapu pada muka dan biarkan selama 15-20 minit.

Kebaikan: kayu manis atau dalam bahasa inggeris nya cinnamon, sangat berkesan dalam menghilangkan jerawat. Tapi, untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitive, tidak digalakkan untuk buat yang ni sebab ia boleh menyebabkan kulit menjadi gatal.

Cara 4: Sediakan satu sudu avocado yang telah dilumatkan, satu atau dua sudu madu dan satu sudu plain whole milk yogurt. Campur semua bahan dan oleskan pada muka. Bilas selepas 20-30 minit.

Kebaikan: mask ini sangat berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Semua bahan yang digunakan merupaka agen pelembab.

Cara 5: campurkan satu sudu madu dengan satu sudu aloe vera gel. Biarkan di muka selama 15-20 minit

Kebaikan: mask ini sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitive. Aloe vera bertindak untuk menjadikan kulit lebih lembab.


Nampak tak, madu mempunyai 1001 manfaat kepada kulit kita. Bagi sesetangah orang yang suka pakai face mask, sesekali cuba pula cara traditional seperti madu ni. Kesian kulit kita asyik kena bahan kimia je ye tak? hahaahahha okay lah. Till we meet again. :)

Comments

betul, madu memang terbaik la! banyak fungsi and memang mujarab pun heee

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes