Review: Descendants of the sun

Assalamualaikum,

How are you guys? Adlin is still the old happy me. Hahaha Haih hidup lepas dapat result SPM sangat lain. Adlin dah start kerja with my dad, tolong apa yang patut kat office tu. Tapi sebab anak boss, kerja pun memain je tak serious. Perangai buruk hhahahaha




Tengok tajuk je dah tahu Adlin nak update pasal apa kan? Ye, hari ni Adlin nak update pasal drama baru Song Joongki and Song Hye Kyo. Tak ada lah baru sangat ye. Kalau dekat KBS World tu, dah episode 4 malam tadi, tapi kalau kat Korea dah episode 6.

Adlin sangat sangat addicted dengan drama ni. Tapi, malangnya kita tak sempat nak tengok online, internet lambat sangat :( Tak apalah, biar lambat asal selamat eh Adlin dah merepek.

Bagi siapa yang tak tengok lagi drama ni, biar Adlin cerita kan serba sedikit pasal drama ni.

Descendants of the sun (hangul: 태양의 후예  - taeyangui hooye)  mengisahkan seorang captain dalam special force Yoo Shi Jin (Song Joongki) yang jatuh cinta pandang pertama dekat seorang doctor bernama Kang Mo Yeon (Song Hye Kyo) masa dekat emergency room. Mo Yeon ni salah sangka ingatkan Shi Jin ni sebagai orang jahat, tapi sebenarnya tidak.

Shi Jin and Mo Yeon begin to date, tapi sebab halangan kerja, kisah cinta mereka berdua macam terhalang. Bagi seorang doctor, mereka tak dapat nak date sebab terlalu sibuk dan bagi seorang askar, mereka tak dapat date sebab terlalu penat dengan tugasan mereka.

Ada satu episode tu, Shi Jin dengan Mo Yeon cerita tentang kisah hidup diorang. Masa tu baru diorang berdua sedar yang mereka sangat berlainan. Shi Jin, sebagai seorang askar akan membunuh orang lain untuk menyelamatkan nyawa dan negara, tapi berlainan bagi Mo Yeon. Seorang doctor diajar untuk sedaya upaya menyelamatkan nyawa seseorang. Mereka ambil keputusan nak berpisah.

Tapi lepas tu, diorang jumpa balik. Adlin baru tengok sampai episode 4, so Adlin tak boleh nak cerita lebih lanjut hahahaha. Tapi cerita ni sangat best. Salah satu drama Korea yang lain daripada yang lain. Semalam rating dekat Korea untuk episode 6 sangat tinggi iaitu 28.9% kalau tak silap Adlin. Maksudnya cerita ni ditunggu-tunggu oleh semua orang. Lagipun, drama ni ialah drama pertama Joongki selepas keluar army, jadi semua rindu sangat kat Joongki hahahaha

Bagi Adlin, chemistry antara Joongki dengan Hye Kyo sangat comel. Rasa macam aduh kiut nya dua orang ni aku kahwin kan juga diorang ni hahahaha Adlin ship sangat Song couple walaupun asalnya Adlin ship Song Joongki dengan Song Ji Hyo sejak zaman running man hahahahah

Mungkin jauh lagi nak sampai dekat episode akhir, Adlin berharap sangat ending drama ni sedih. Sad ending. Maybe Shi Jin kena pergi berperang, and bila Mo Yeon dapat tahu yang Shi Jin pergi berperang, dia pun jadi doctor sukarela dalam peperangan tu. Lepas tu, Shi Jin kena tembak and Mo Yeon yang cuba selamatkan, tapi tak berjaya. Hahahaha sila jangan kecam Adlin.

Korang boleh judge sendiri sama ada cerita ni best atau tak, sebab Adlin pun sebenarnya tak sure cerita ni memang best atau sebab Adlin suka Song Joongki. TApi Adlin sure sangat kalau korang tengok, korang rasa macam 'Tolong lah aku nak jadi doctor lepas tu jumpa askar handsome' hahahaha

Tapi, kalau kita kahwin/dating dengan seorang askar, kita kena ingat, dia tu bukan milik kita seorang. Seorang askar tu bermaksud dia tu milik negara. Kita kena faham tugas seorang askar, and bila dia pergi keluar, kita kena sedar yang dia tak akan semestinya pulang dengan selamat. Sangat sedih tapi itu lah hakikatnya.

Scene from the drama

Tengok muka Hye Kyo takut comel sangat hahaha 

Memang normal kalau kita nampak pelakon yang semakin muda setiap tahun, bukan semakin tua. Sebab diorang ni vampire huhuhu

Friendship goals?

Part ni Adlin nangis. ingat kan Shi Jin tak nak tegur lagi.

Bila dia turun dari chopper, terus dapat cam mana satu Yoo Sijin. Yang paling handsome dengan spek hitamnya, dengan uniform nya. It kills me slowly hahahah Tapi cuba tengok betul-betul siapa paling handsome, Joongki kan.

Kita ambil part ni je, sebab part lain tu sexy. *-*

Comments

Unknown said…
tgh tgk cerita ni best giler..
owner said…
Handsome nye Joong ki! that stare kill me.. *jealous
Unknown said…
Kan omg dah lah banyak scene dia stare hahahaha

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes