Random talk: Bedroom change

Assalamualaikum,

Cepatnya masa berlalu kan. Hari ni dah masuk hari ke-4 Adlin cuti. Sekejap je, lepas tu dah busy balik.

Hari tu kan, masa balik rumah, terkejut Adlin tengok keadaan rumah yang berubah. Yelah, Adlin tak ada kat rumah, jadi Adlin tak tahu keadaan macam mana. Yang paling berubah kat mata Adlin is my bedroom. Sebelum ni, bilik Adlin warna pink, sangat girly. Sekarang warna purple, jadi nampak matang sikit.

Masalahnya, dah nak raya, tapi bilik belum habis decor. Hahahaha tak apa lah, siap 85% pun jadilah kan?

So, here my bilik.

My favourite ~ Tengok alahai comelnya budak kecik tu. Sekarang dah gemuk hahahha

Cermin belum gantungkan lagi. Tapi, sinilah tempat Adlin letak segala mak nenek barang make up yang Adlin ada. 

Tempat t-shirt. Sebab ada orang tu pemalas sangat nak lipat baju, so lebih baik sangkut je macam tu kan? 

Bilik Adlin tak besar pun, sederhana je. Kat tengah bilik Adlin ada katil saiz queen satu. Jadi, lengkaplah deco bilik Adlin. Adlin ingat nak letak para, nak susun novel yang berlambak tu. Tapi, tunggu balik lagi sekali lah. Tak sempat nak buat sekarang. 

Till we meet again in next post. 
Post a Comment

Popular posts from this blog

EatLynn: Trying Korean Food at K-Fry Urban IOI Mall City

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review: Victoria secret's perfumes