Random : Year 2016 in a nutshell

Assalamualaikum,

Dah masuk sebulan Adlin tak singgah sini kan? I cant believe it almost my forth weeks of second semester in matriculation college, God, time flies really fast. And dalam masa dua hari lagi, kita akan melangkah masuk ke dalam tahun baru 2017.

Bila fikir-fikir balik, Adlin tak percaya yang I'm almost 19 years old now. Tahun 2016 adalah tahun yang paling banyak Adlin belajar perkara baru. Bagi Adlin, tahun 2016 banyak mengajar Adlin untuk sentiasa redha, dan sentiasa yakin dengan Qada' dan Qadar yang ditentukan olehNya.

Mac 2016
Dapat result SPM yang tak berapa nak cemerlang sangat. Haih masa nilah paling susah untuk Adlin. Orang keliling tanya dapat berapa pun Adlin dah breakdown, sampai seminggu menangis. Masa ni lah Adlin rasa Adlin dah tak ada harapan untuk belajar sains walaupun tu subject yang Adlin paling suka. Tapi, dengan bantuan mama and papa, Adlin berjaya move on, and tanamkan dalam diri supaya yakin dengan takdir Allah.

April 2016
I turned 18 years old masa ni. And yang paling best, salah satu impian Adlin tercapai jua akhirnya. Adlin dapat menjejakkan kaki ke negara oppa-oppa Adlin. Sampai sekarang Adlin tak boleh move on dengan pengalaman pergi Korea. Adlin ditawarkan menjadi cikgu tuition pun masa awal bulan April.

June 2016
Pendaftaran ke Kolej Matrikulasi Perak. First time berjauhan dengan family. Dah lah masa ni bulan puasa, lagi lah terasa sedih. Masa first month, Adlin sangat manja and sikit-sikit nak menangis. Sekarang dah tak rasa macam tu, Alhamdulillah.

July 2016
Masa ni dah bulan Syawal. Sebenarnya kenapa Adlin masukkan bulan July, sebabnya Adlin nak cerita pasal sambutan hari raya kat college kitaorang. Masa ni apa yang Adlin excited sangat pasal sambutan hari raya is pengalaman pertama Adlin makan daging kerbau. Alah mungkin pelik bagi orang lain, tapi Adlin sumpah tak pernah makan daging kerbau. Tak terfikir pun nak makan daging kerbau, tu yang Adlin excited semacam tu.

Nov 2016
Final for semester one here. Empat subject yang Adlin rasa keempat-empat ni killer subject. Habis je final, balik memang qada' tidur balik.

Dec 2016
Result PSPM 1 keluar. Walaupun tak sebagus yang diharapkan, tapi Alhamdulillah Adlin berjaya. Adlin pun dah buat yang terbaik kan. Jangan kecewa sangat, tebus balik rasa kecewa tu dapat semester 2. Semester ni Adlin nak juga rasa 4 flat tu macam mana. So kena buat yang terbaik.

Ada beberapa azam tahun 2016 Adlin berjaya dicapai. Ada satu je susah, niat Adlin dari dulu nak kurus tak berjaya jugak. Geram betul hahaha and wishlist Adlin untuk 2017 pun dah ada dalam diri Adlin.
 1. Nak tamatkan pelajaran dengan matrikulasi dengan tenang and dapat 4 flat.
 2. Nak sambung degree. Adlin dah ada course yang Adlin nak, and Adlin nak university mana. Cuma tak banyak info je sangat pasal course tu. Adlin kalau boleh nak sambung course psychology dekat UKM. Tapi, Adlin still tak jumpa jalan ke sana.
 3. Nak kurus, azam dari form 1 sampai lah sekarang.

Sikit je kan azam Adlin? Banyak lagi sebenarnya, cuma Adlin yang kurang kerajinan nak type. Adlin sangat berharap yang tahun 2017 akan menjadi tahun yang gembira buat Adlin. Takmo sedih-sedih lagi lepas ni.

Paling penting, let's become cuter in 2017 

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review: Victoria secret's perfumes

EatLynn: Trying Korean Food at K-Fry Urban IOI Mall City