Random talk : Dilemma isi UPU

Assalamualaikum and hello earthling,

Fuhh fuhh dah berhabuk blog sebab lama ditinggalkan. Maaflah, bukan sengaja tinggalkan blog, tapi sebab jadual yang padat, lebih-lebih lagi Adlin ada lebih kurang 5 minggu nak habis dari matriks. Yeyy kejap je kan? Alhamdulillah Adlin boleh bertahan sepanjang duduk matriks ni.

Teringat masa lepas result UPU keluar, before masuk matriks. Ramai kawan yang dapat masuk matriks, terus ambil keputusan tak nak masuk matriks bila dapat upu. Adlin je tak dapat. Huhu tapi tengok hikmahnya sekarang, Adlin dapat masuk matriks Perak pun kira bersyukur. Lagipun sejak dulu lagi Adlin memang nak masuk matriks.

Adlin sebenarnya baru habis isi borang upu. Sambil isi upu, banyak benda bermain kat kepala. Macam mana kalau tak dapat course yang kita nak? Macam mana kalau result final teruk sangat and dapat tawaran untuk ulang balik matriks selama setahun? Macam mana kalau dapat course yang adlin nak, tapi tak ada tawaran kerja? Macam mana kalau orang keliling tak bagi ambil course tu? Senang cerita, memang banyaklah 'macam mana kalau..' dalam kepala Adlin.

Adlin cerita dekat family Adlin apa yang Adlin rasa, apa yang Adlin fikirkan, apa yang Adlin risaukan. And papa cakap, buat apa risau dengan masa depan kita. Buat je yang terbaik, jangan compare hidup kita dengan orang lain. Dapat tak dapat, tu belakang cerita. Lagipun bukan manusia yang tentukan rezeki kita, Allah yang tentukan rezeki kita. Percaya je dengan rezeki Allah.

Man Jadda, Wa jadda - siapa berusaha dia dapat

Pegang prinsip ni je sekarang. Dah berusaha kan, Allah akan balas balik. Sekarang ni just berusaha and berdoa. Lagipun apa yang berlaku tu mesti ada hikmahnya. Kalau Adlin dapat upu dulu, mesti Adlin tak masuk matriks, ambil biology macam sekarang. Hikmahnya tu ada, kita je yang tak perasan kan? =)
Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

EatLynn: Trying Korean Food at K-Fry Urban IOI Mall City

Review: Victoria secret's perfumes