HAPPY BELATED 19th BIRTHDAY!

Saturday, April 08, 2017

Assalamualaikum and hello earthling,



3 April 2017,

Finally, Adlin turns 19 years old. Alhamdulillah, dapat hidup sampai umur 19tahun. Bila masuk umur baru, buat Adlin sedar yang Adlin dah nak dekat dua dekad hidup. Sekejap sangat masa berlalu. Terasa macam semalam je Adlin masuk darjah satu, sekarang ni dah nak sambung degree. Adlin selalu fikir, sepanjang hidup aku ni, berapa kali aku buat baik dengan orang, and berapa banyak pulak benda jahat yang aku buat kat orang? Berapa banyak kali aku kecewakan mama dengan papa, sedangkan aku tak pernah banggakan mama dengan papa lagi. Teruknya Adlin ni sebagai seorang anak, lagi-lagi Adlin ni anak sulung. Lagi banyak tanggungjawab Adlin yang Adlin tak buat pun pada keluarga Adlin. Paling penting, berapa banyak amalam yang Adlin dah kumpul untuk persiapan diri Adlin?

 Anyway, bila Adlin celebrate bithday kat college, Adlin ingat Adlin akan celebrate sorang diri je. Kat rumah at least terasa juga yang ahli keluarga kita akan ingat birthday kita, tapi kalau kat asrama, siapa je yang nak ingat. Adlin terkejut sangat masa diorang datang bilik memalam, and bawak kek handmade. Hahaha Serious lawa kek tu. Ada apollo, and chocolate stick and taburan chocolate cereal. And diorang paksa Adlin habiskan kek tu malam-malam. And tak sangka, malam 3 April tu tak sangka classmate Adlin sanggup habiskan duit untuk birthday celebration tu. Beli dominos pizza, beli indulgence cake kat Secret Recipe. Ya Allah, serious terharu.

Adlin nak ucapkan terima kasih group #harams yang susah-susah plan semua event ni. Ku Nur Baqirah, Nosyahadah, Amelia Anis and Afiqah Ali. Thank you so much. Tanpa korang, tak tahu lah macam mana nak survive kat matriks selama 11 bulan ni. Thank you juga untuk segala ilmu yang korang ajar, tak habis-habis dengan soalan maksud Markovnikov's rule and Saytzeff's rule. Thank you untuk segala movie night, pakai mask sesama, masak carbonara dalam periuk nasi, bagi pinjam duit bila tengah sesak. Korang lah my best friends sepanjang kat college ni. Kepada classmate B2T10, Shanon, Sarah, Laily, Syafiqah, Syafiq, Fizi, Izzati, Mira, Sya, Fatin, Hajar, Raja, Fatehah, Khad.. Thank you for the surprise party. Adlin sumpah tak perasan korang punya plan, walaupu banyak kali terlepas cakap. Seriously korang lah kawan the best Adin. Sayang korang!

#harams


B2T10 



You Might Also Like

2 comments

Follow by Email

My Blog List

Follow me