Review: Peripera Peri's Ink Velvet f/w2016

Assalamualaikum and hello earthling,

I'm back again! Happy October everyone. Hari ni Adlin nak buat review tentang Peripera Peri's Ink Velvet fall/winter 2016 shades. Peripera memang dikenali sebab liptint diorang, dan masa first launched Peri's Ink liptint, semua orang cakap bagus sangat dan tahan lama. Sekarang ni, Peripera dah banyakkan product makeup diorang, termasuklah ada mascara, bb cushion, colour corrector dan beberapa product yang lain.

This time, the release velvet version of Peri's Ink liptint with more MLBB (My Lips But Better) colours. Adlin nak focus dekat dua shades dalam fall/winter 2016 colours iaitu No.6 - Celeb Deep Rose and No.7 - Dollish Beige Rose.


Adlin nak tunjuk packaging dia masa dalam kotak, but I'm so dumb and I throw the box away huhuhu forgive me for my mistake. Tapi dekat belakang kotak tu mostly written in Korean characters (hangul). Even Adlin pandai baca hangul, tapi Adlin tak faham apa yang Adlin baca, so rasa tak guna juga kalau pandai baca hangul sekali pun.

Dive into the long-wearing lip colour with INK_LASTING. It's Lacquer-like finish without feeling tacky or drying, creamy velvety texture.

The only english sentence at the back of the box. And product ni akan expired selepas 12 bulan selepas dibuka.

PACKAGING 

left - no.6 and right - no7

Adlin suka bentuk botol dia. Cap dia berbentuk macam dropper, and masa mula-mula, Adlin ingat kena tekan dropper tu pastu dia akan serap product tersebut baru sapu kat bibir. Rupanya tak. Adlin ada gak rasa macam tak berapa cerdik bila cuba tekan benda tu huhuhu penutup dia jenis yang pusing tu, and Adlin rasa tak ada masalah pun kalau nak simpan benda ni dalam makeup bag. Mesti tak senang nak tertumpah.


Applicator jenis yang slanted. Adlin suka applicator macam ni, sebab bagi Adlin lagi senang nak pakai kat bibir, terutamanya dekat bahagian bibir atas kita. Tapi ada sesetengah orang rasa slanted applicator lebih susah nak guna.


TEXTURE 

Macam nama product ni, texture dia velvety creamy. Tapi kenapa Adlin rasa ada powdery finished bila pakai kat bibir? Sebab bila baca review sebelum beli, tak ada sesiapa pun yang mention pasal powdery feeling tu. Ke Adlin je yang rasa powdery feeling tu?

Adlin suka sangat sebab dia pigmented sangat. Even bila Adlin dah bersihkan dengan makeup remover sebelum tidur, stain colour tu masih boleh nampak sampai pagi esok. Colour dia memang akan transfer sikit kalau kita minum ke makan ke, tapi stain tu still ada.

CONCLUSION

Overall, Adlin memang suka gila dengan liptint ni. Adlin suka packaging dia yang comel, Adlin suka juga bau liptint ni. Adlin lupa nak cakap, tapi both liptint ada bau yang sedap sangat. Bau macam kordial blackberry ataupun bau macam ribena. Adlin bagi 4.5/5 bintang untuk product ni. Almost perfect marks. Adlin nak try yang spring/summer 2017 shades pulak, ataupun yang airy ink velvet. Dua-dua collection ni warna yang cantik sangat, tapi kena kumpul duit dulu before beli.


Adlin nak buat swatches, tapi bila tengok gambar macam sama je dua-dua warna. Tapi ada kelainan kalau tengok depan-depan. Yang no6 tu lebih red and yang no7 tu lebih pink shade. Adlin sebenarnya tak plan pun nak beli liptint dalam masa terdekat. Tapi masa 2 Ogos 2017 hari tu, ada promotion kat Hermo. Kalau checkout melalui Hermo app, akan dapat promotion untuk liptint peripera. Jadi harga liptint tu cuma RM29 je satu instead of RM36.90 untuk hari biasa. Adlin memang tak dapat tahan diri daripada beli masa tu.And peripera baru release new liptint, cloud ink! Bye money~ 

spring/summer 2017 shades

airy ink velvet 


cloud ink shades

p/s: excuse the pictures. I'm trying my best for the picture. Sebab adlin memang sangat tak reti ambil gambar yang lawa-lawa.

Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes