Review: Berrisom Peel-Off Lip Tint
Assalamualaikum earthling,
Dalam post yang sebelum ni, Adlin ada bercerita tentang my Victoria's Secret perfumes yang Adlin suka sangat-sangat tu. This time I would like to share my new Berrisom Peel-Off Lip Tint.
I bought this lip tint with my classmate using our duit raya hahaha. Lately, my classmate semua so excited about Korean Cosmetic Product, skincare and all the girly things, menyebabkan kita orang mengambil keputusan untuk membeli Lip Tint ini. For your information, Lip Tint merupakan salah satu must have itrm yang terkenal dan menjadi kegilaan para remaja di Korea dan jenama Berrisom Peel-Off Lip Tint merupakan salah satu jenama terkenal setanding dengan Tony Moly, Etude House dan jenama product yang lain.
Berrisom ni datang dalam 6 shades dalam satu kotak- virgin red, sexy red, bubbly pink, vivid scarlet, lovely peach, pure pink. Warna lip tint ni tak sama dengan dengan warna dari tiub dia.
Masa nak pakai lip tint ni, susah sedikit berbanding pakai lipstick biasa. Lip tint kan lebih cepat kering berbanding lip gloss atau lipstick yang lain, jadi susah nk bentukkan dekat bibir. Jadi masa nak pakai, jangan bagi dia kering sebelum betulkan. Seriously adlin pakai masa nak pergi tuition and it end up tercomot dekat tepi bibir and tak boleh hilangkan hahaha. Kalau kita pakai terus dari tiub tu, lagi senang nk bentuk than pakai menggunakan lip brush.
Setelah 20 minit, lip tint ni akan kering sepenuhnya. Sepanjang nak tunggu kering tu, korang jangan pegang bibir pulak, nanti habis comot. Cabut dari tepi bibir dengan perlahan-lahan. Adlin pun takut sakit bila nak cabut, tapi rupanya tak. Bila dah cabut, and tadaaa... dah dapat warna bibir yang cantik and tahan lama. And warna lip tint ni akan berubah sebelum and selepas peel off.
Bagi Adlin, ni lip tint yang paling tahan lama pernah adlin ada. Even selepas makan atau minum, warna dia tidak berubah melainkan sekiranya kita menggunakan make up remover atau gosok pakai air lama-lama. Cuma lip tint ni sedikit kering, jadi untuk kesan yang lebih lama, adlin akan sapu lip balm supaya tak terlalu kering. Masa beli, mungkin promoter tu akan cakap lip tint ni tahan selama seminggu. Jangan percaya hahahaa tak de lah tahan sampai seminggu, mungkin dalam dua hari sahaja. Bagi adlin, lip tint ni sesuai untuk mereka yang suka gradient lips, sapu sebelah dalam sahaja.
Secara keseluruhan warna pula, lovely peach yang paling natural antara semua. Kalau nak pakai pergi sekolah pun boleh sebab tak perasan pun macam pakai lipstick lain. Cuma jangan terkejut sangat sebelum kering tu, sebab warna dia oren yang pekat sangat sebelum peel off. Kalau korang nak warna yang nampak sexy, adlin cadangkan warna virgin red. Memang merah and sexy sangat. Vivid scarlet pula lebih kepada warna oren yang cantik. Cuma warna oren ni agak bahaya kerana gigi kita akan nampak lebih kuning sekiranya pakai warna oren.
Pure pink pula lebih sweet berbanding yang lain. Sangat sesuai untuk mereka yang berkulit cerah. Warna bubble pink and sexy red pula hampir sama. Cuma sexy red tu lebih pekat, and tak merah sangat. Warna sexy red lebih kepada merah+purple.
Sekiranya adlin ada masa, adlin akan update gambar adlin pakai lip tint ni. Boleh juga follow adlin dia instagram untuk sebarang update (id: adlinsofie) *sorry tak boleh hyperlink sebab update pakai phone. Till we meet again!
Comments