Lip care and info

Assalamualaikum humans, 



Hari ni Adlin nak share tentang salah satu benda penting untuk seorang perempuan. (Well, bagi Adlin benda ni penting untuk perempuan). Antara salah satu aksesori wajib bagi seorang perempuan atau wanita ialah lipstick. 

Bagi Adlin, lipstick ni sangat penting untuk mengelakkan wajah akan terlihat pucat. Selain itu, sesetengah lipstick juga datang dengan fungsi bagi melembabkan bibir kita. Cara yang paling baik agar bibir kita nampak mongel adalah dengan menggunakan lipstick yang mengandungi pelembab. Sekarang, warna lipstick bukan sahaja datang dalam warna seperti merah dan pink, tetapi juga warna ungu, hitam malah hijau juga boleh didapati. Tetapi, kita haruslah berhati-hati dalam pemilihan warna lipstick kerana bimbang lipstick tersebut tidak mencantikkan, malah mencacatkan penampilan kita pada hari tersebut. 


Jenis-jenis lipstick

1. Pengilat bibir (lip gloss)
  - Pengilat bibir kerap menjadi pilihan bagi seorang perempuan. Ini kerana dengan satu sapuan bibir akan tampil berkilau. Namun dek teksturnya yang cair, warna pengilat bibir lebih cepat pudar berbanding lipstick matte.

2. Lipstick matte
  - Keunggulan lipstick matte adalah dapat bertahan lama di bibir berbanding dengan lipstick jenis lain. Tapi, kelemahannya adalah membuat bibir tampak kering. 


Lipstick mengikut warna kulit

1. Kulit cerah aka kulit putih
  - Warna pulm reds, berry, wine reds, brown, light brown atau beige boleh dicuba oleh wanita yang memiliki kulit cerah. Warna merah jambu juga amat sesuai kerana warna ini sentiasa padan dengan kulit yang cerah. Namun, anda harus berhati-hati dalam memilih lipstick berwarna merah jambu.

2. Kulit kuning langsat
  - Beruntung bagi sesiapa yang memiliki kulit kuning langsat kerana dapat memilih lebih banyak warna untuk disuai padankan dengan kulit. Untuk bibir terlihat lebih cantik dan mempersona, cuba pilih warna deep brown, deep red atau berry shades. Namun, perlu dihindari warna jingga dan merah jambu cerah kerana warna ini memberi efek gelap pada kulit.

3. Kulis sawo matang
  - Wanita berkulit sawo matang lebih sesuai memilih warna deep pink, deep red, caramel, medium brown, creamy coffee dan segala jenis brown palletes untuk dioles pada bibir. Warna-warna ini dapat menegaskan warna kulit asli. Kulit akan nampak lebih bersinar.

4. Kulit gelap
  - Warna palet merah, mahogany, deep plums, wine red, dark brown, coffee dan warna-warna gelap adalah sangat sesuai untuk wanita berkulit gelap. Warna-warna ini akan memberi kesan anggun dan tegas pada kulit. 


Keperibadian seseorang melalui warna lipstick
*Tak tahu lah boleh percaya ke tak :D

1. Pengilat bibir tanpa warna
  - Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa sebarang warna. Walaupun begitu, ia tetap memberi kesan ringkas yang tersendiri. Personaliti si pemakai juga cukup ringkas.

2. Warna merah jambu berkilat
  - Warna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakai. Ia juga sesuai bagi mereka yang berkulit cerah dan berkulit gelap. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan penyayang. Mereka juga tidak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi, mereka agar sensitif walaupun dari segi luaran mereka seolah tidak kisah saja. 

3. Warna coklat
  - Warna ini selalu menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah sesuatu yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi.

4. Warna ungu
  - Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sofistikated dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk memilih warna ini.

5. Warna oren
  - Mereka yang memilih warna ini ialah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. 


Adlin tak tahu lah sama ada keperibadian seseorang itu betul-betul mengikut warna lipstick dia atau tidak mempengaruhi langsung. Tapi yang paling penting, sebelum membeli lipstick, pastikan lipstick tersebut ada lah bebas daripada plumbum atau lead. Penggunaan plumbum atau lead dalam lipstick adalah supaya bibir tahan pengoksidaan udara (oxidation), water proof dan long lasting terutama bagi yang berjenama dan yang diimport. Penggunaan plumbum akan menyebabkan keguguran, mandul, gangguan sistem peredaran darah, bengkak bibir yang serious dan kanser. Oleh itu, perlulah check bahan yang ada dalam lipstick tu betul-betul sebab yang paling penting bukannya kecantikkan fizikal, tetapi tubuh badan yang sihat supaya kita tak nak menyusahkan ahli keluarga kita yang lain kalau kita sakit.  

Info: Google and Majalah Dara edisi Ogos`2013

Comments

A N I S said…
tahu tak apa beza kulit sawa matang ngn kuning langsat ? i'm a bit confused hehehe

Btw , sronok tul skrg dah boleh komen ^^

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes