Random talk : short update

Assalamualaikum,

Selamat hari guru, walaupun lambat sehari. Dan semalam juga keputusan UPU keluar untuk batch 98. Adlin kecewa sikit dengan keputusan UPU Adlin, sebab Adlin tak berjaya dalam mana-mana universiti pun. Tak apa lah tak ada rezeki kan? Mungkin ni yang terbaik untuk Adlin kot.

Lagi 19 hari, Adlin akan ada pendaftaran di Matrikulasi Perak, Gopeng. Aduh nervousnya. First time Adlin akan duduk lama dekat negeri yang berlainan dengan family Adlin, kena belajar jauh, kena puasa dekat asrama, tak makan makanan masakkan mama. Adlin bukan first time duduk asrama sebab masa form1 dengan form3 pernah duduk asrama sekolah. Tapi sebab sekolah tu sekolah harian and dekat sangat dengan rumah, tak terasa macam duduk asrama pun. 2 minggu sekali Adlin balik rumah hahahah

Borang semua dah sediakan, barang pun dah kemas. Nampak macam excited je hahahahah tapi nervous. Lagi-lagi bila ramai orang cakap matrikulasi tak sebagus maam form6 and diploma. Tapi, mama Adlin yang banyak bagi semangat, bagi dorongan. Mama cakap kalau study mana-mana pun kalau tak belajar elok-elok sama je result nya. Jangan pandang sangat apa orang cakap, just buat yang terbaik.

Really short update for today. Before that, cuba tengok doll ni, comel sangat. Jung Hoseok aka JHope punya doll. Nak doll ni, tolong lah belanja hahahahah and ni bukan official from Big Hit, tapi just from fan account je.





Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes