Review: Beauty Drama, Sweet 20's

Assalamualaikum,

Happy labor day. Apa khabar semua? Adlin tengah excited tunggu V apps from Bangtan, hahahah Adlin kan memang fangirl Bangtan Boys aka BTS. Sementara tunggu tu, jadi Adlin pun menghabiskan masa dekat blog.


So, hari ni Adlin nak cerita tentang satu drama yang lama, tapi Adlin baru tahu kewujudan drama ni. Tajuk drama ni, Beauty Drama Sweet 20's.


Macam Adlin cakap, kewujudan cerita ni dah lama sebenarnya, since 2015 lagi. Tak hairan lah Adlin tak tahu, kan tahun lepas tu tahun yang busy untuk Adlin. Jadi Adlin pun baru lah tengok cerita ni. Hahahaha Cerita ni diterbitkan dekat youtube je, korang boleh cari drama ni dekat channel insite TV. Insite TV juga terkenal melalui rancangan Pony's Beauty Diary and Get It Beauty. Memang kedua rancangan ni banyak share tentang make-up and skincare routines, malah banyak recommend and review product yang bagus daripada Korea.

Cerita ni dibintangi oleh Hwang Seung Eon yang memegang watak sebagai Bae Yoonha, seorang pelajar collage yang ada relationship issue dengan boyfriend dia. Memang ceria ni focus dekat watak Yoonha ni. Lee You Jin pula memegang watak sebagai Kangwoo, boyfriend kepada Yoonha ni. Dan watak terakhir ialah Shin Ji Hoon yang memegang watak Taehun.

Anyway, apa yang buat drama ni lagi unique berbanding drama yang lain ialah concept drama yang berbeza. Nama pun drama, memang lah drama ni ada juga penceritaan kisah cinta, tetapi setiap episode ada lebih kurang 5 minit yang dia share tentang cara make-up, mengikut mood dia - setiap episode tu kita boleh tahu dia makeup macam mana melalui tajuk yang dia tulis. Sebenarnya cerita ni ditaja oleh Innisfree, jadi barang-barang make up yang Yoonha pakai tu semuanya dari Innisfree. Tak kesahlah, asalkan product Innisfree tu bagus kan heheheh

Setiap episode pulak pendek-pendek je, lebih kurang 15-20 minit bagi setiap episode. Dan cara penyampaian dia pun santai je. Jadi sekaligus kita akan senang nak pick up setiap makeup tips yang diberi tau. Tapi Adlin ada salin juga dalam buku, sebab Adlin ni pelupa. hahahaha Kelakar kan belajar make up pun tulis kat buku. And semua sekali dia ada 10 episodes, jadi tengok sekaligus je dah boleh.

Adlin kan cakap setiap episode ni berbeza cara makeup, contohnya macam dari episode 1. Tajuk untuk episode 1 'self-radiating heroine makeup'. Jadi dia tunjuk lah cara make up untuk nampak lebih confident and radiant. Episode 2 pula 'puffiness cover makeup' cara makeup yang boleh buat kita nampak fresh walaupun baru menangis.

Adlin banyak belajar daripada drama ni, macam contoh puffiness tu. Bagi Adlin kalau baru lepas menangis mata sembab tak payah lah keluar duduk je diam-diam sebab nanti rimas orang tanya kenapa, tapi dia ajar cara makeup yang boleh cover mata sembab kita. Lagipun drama ni ada english subtitle jadi menyenangkan kita untuk fahamkan drama ni. Tapi, yang tak bestnya bila dia tunjuk product Innisfree, Adlin rasa macam nak borong semua product tu hahahah


Orang lawa pakai memang jadi lawa kan haahahah insya Allah Adlin akan update tips makeup yang dikongsi dekat dalam drama ni tak lama lagi. So, stay tune :D

Comments

A N I S said…
wahhhh menariknya !

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes