Review: The Saem Natural - Lemon and Pomegranate sheet mask

Assalamualaikum,

Tadi masa Adlin belek-belek(?) blog ni, Adlin baru perasan yang dah lama sangat Adlin tak buat beauty review. Last sekali Adlin buat post tentang Innisfree It's real squeeze mask sini. Bulan October tahun 2015. Nampak tak dah lama sangat, bukannya tak ada bahan untuk di-review-kan, tapi sebab Adlin frust tak reti ambil gambar cantik product tu hahahaha

Jadi hari ni Adlin ambil keputusan untuk cuba juga ambil gambar yang terbaik, dan akhirnya berjaya walaupun tidak secantik mana. Mask yang Adlin nak review hari ini ialah daripada The Saem. Kalau sesiapa yang memang into Korean beauty product, mesti selalu dengar jenama ni. Sebabnya, brand The Saem ni pun antara jenama yang under budget tetapi masih berkesan. Adlin tak pernah nampak pun jenama ni dekat Malaysia buat masa ni, tetapi selalu juga baca review tentang product The Saem dekat instagram and blog.

Adlin beli mask ni masa dekat Myeondong dan kebetulan masa tu The Saem tengah mengadakan 1+1 sales, jadi Adlin pun beli lah 2 paket besar mask, Natural Lemon and Natural Pomegranate. 2 paket ada 20 sheet masks mean kita ada 10 paket untuk Lemon and 10 paket untuk Pomegranate.

Bahagian hadapan packet mask. Lemon from Brazil for brightening.

//told you that I'm bad at taking pictures//

Kita mulakan dengan The Saem Natural Lemon Mask Sheet for brightening. Menurut apa yang tertulis this mask sheet contains lemon extract, which has abundant vitamin C. It makes a dull skin tone look transparent and clear. So, mask ni juga ada effect brightening for skin.

Ingredient list: Water, glycerin, caprylic / capric triglyceride, butylene glycol, citrus limon (lemon) fruit extract, disodium EDTA, panthenol, hydroxyethylcellulose, PEG-60 hydrogenated castor oil, carbomer, triethanolamine, sodium hyaluronate, chlorphenesin, glycyrrhiza glabra (licorice) root extract, 1,2-hexanediol, caprylyl glycol, schizandra chinensis fruit extract, coptis japonica root extract, zingiber officinale (ginger) root extract, camellia sinensis leaf extract, trehalose, opuntia tuna fruit extract, fragrance.



Mask ni dia bebas daripada 5 bahan ni - Paraben, Benzophenenone, Silicon Oil, Artificial Colouring, Mineral Oil. Nampak tak yang gambar kulit tu, yang macam air tu ialah essence, yang bulat-bulat tu essence pocket and yang bawah sekali tu kulit. So, dia cakap yang mask ni menyerap sehingga ke kulit bawah sekali. 

Adlin suka sangat bau lemon, sebab bau lemon ni segar dan menenangkan bagi Adlin. Mask ni bila kita bukak je dah dapat bau lemon tu, sedap sangat. Bagi mask ni pulak dia tak nipis sangat macam Innisfree punya mask, and mask ni tebal sikit daripada tisu. Jadi dia tak cepat koyak tapi still kena berhati-hati. Saiz dia pulak muat-muat muka Adlin je, tapi bahagian mulut tu besar sikit. Jadi bila Adlin pakai, dia besar sampai tak tutup bahagian dagu Adlin. Essence dia pulak yang watery white type. Bila keluarkan daripada packet, menitik jugalah essence tu. Banyak juga baki essence yang tinggal dalam packet tu, Adlin sapu kat leher, kat lengan hahahaha

Adlin pakai mask ni untuk 40 minutes (masa yang dicadangkan ialah 20-25 minutes sahaja) and kesan dia sampai esok pagi boleh rasa. Memang lah dia cakap yang lemon mask ni untuk brightening, tapi pada masa yang sama dia juga moisturizing dekat kulit kita. Tapi part brightening tu memang tak nampak sangat dekat kulit Adlin. 



Mask yang kedua The Saem Natural Pomegranate mask sheet for firming. Menurut apa yang tertulis di belakang packet this mask sheet contains pomegranate exract, which contains abundant phyto nutrients. It makes the texture of the skin elastic and moist. 

Ingredient list: Water, glycerin, caprylic / capric triglyceride, butylene glycol, punica granatum fruit extract, disodium EDTA, panthenol, hydroxyethylcellulose, PEG-60 hydrogenated castor oil, carbomer, triethanolamine, sodium hyaluronate, chlorphenesin, glycyrrhiza glabra (licorice) root extract, 1,2-hexanediol, caprylyl glycol, schizandra chinensis fruit extract, coptis japonica root extract, zingiber officinale (ginger) root extract, camellia sinensis leaf extract, trehalose, opuntia tuna fruit extract, fragrance.


//so bad quality//

Sama macam lemon natural mask, pomegranate mask juga bebas daripada 5 bahan ni - Paraben, Benzophenenone, Silicon Oil, Artificial Colouring, Mineral Oil. Essence juga menyerap sehingga ke kulit seperti rujukan gambar.

Bau mask ni sangat sedap, seriously bau macam fruity smell. Adlin tak sure if bau delima macam tu, tapi wangi sangat. Nenek Adlin cakap macam nak makan je mask tu heheheh macam lemon juga, mask ni sedikit tebal daripada innisfree punya mask dan tak mudah untuk koyak. Bahagian lain semua sama, saiz mask dan juga essence dia sama.

Adlin pakai 40 minutes juga untuk mask ni. Tapi seriously mask ni tak ada effect kat kulit Adlin hahaha melembab pun tak, melembutkan pun tak. Cuma nenek Adlin pakai mask ni tau, tapi dia kata bangun pagi lembut sangat kulit dia. Seharian dia kata muka dia lembut hehehe Betul ah dia firming, jadi mungkin kulit Adlin muda lagi hahahahah //perasan//

Conclusion: Adlin tak tahu ah conclusion dia apa hahahahah Antara dua mask ni kalau ikut scent dia, Adlin akan vote untuk pomegranate, sebab bau dia sedap sangat and wangi sangat. Tapi untuk moisturizing, Adlin vote untuk lemon. Dan juga lemon lagi banyak kesan kat kulit berbanding pomegranate. Kalau nak beli lagi, maybe Adlin akan beli yang lemon je. Dan juga nak try yang lain juga hehehehe

Comments

A N I S said…
sronoknya gi korea boleh beli produk sana TT.TT

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes