Review: Lucky Romance

Assalamualaikum,

How I spend my Sunday's night? Yup, with Korean drama. And dengan drama je boleh kurangkan sikit rasa homesick, lagi-lagi bila tengok dengan roommates yang juga kaki drama macam kita. Adlin tengok ramai blogger yang layan drama, suggest supaya tengok cerita ni.

Lucky romance

Adlin dah addicted sikit dengan drama ni. Lucky Romance (hangul: 운빨 로맨스 - unbbal romanceu) mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Shim Bo Nui (Hwang Jung Eum) yang setiap hari terpaksa bekerja keras untuk menampung kehidupan dia dan bill hospital adik dia, Shim Bo Ra. Adik dia dah dua tahun comma, sampaikan doktor pun suruh give up je dari jaga adik dia, sebab peluang untuk hidup makin tipis. Tapi Bo Nui tak nak. Dia kata dia sanggup lakukan apa sahaja untuk adik dia. Bo Nui ni macam superstitons sikit. Dia percaya dia ni ada bad luck, and bad luck dia tu yang menyebabkan parent diorang meninggal, and menyebabkan Bo Ra ni sakit. Ada seorang bomoh, yang Bo Nui sangat percaya cakap, kalau dia nak adik dia sembuh, dia kena tidur dengan orang yang lahir dalam zodiak harimau.

Meanwhile, Je Soo Ho (Ryu Joon Yeol) ni pulak CEO untuk Zeze Company, syarikat yang menghasilakan game. Dia ni pandai sangat, IQ 200, tapi sedikit sombong. Ada beberapa kejadian yang berlaku, menyebabkan Soo Ho dengan Bo Nui selalu terserempak. Ada satu kejadian berlaku, and masa tu Bo Nui ni tanya Soo Ho banyak kali dia lahir tahun berapa, sebab masa ni Bo Nui tengah mabuk. Dan sebab Soo Ho ni rimas, dia bagilah tahu yang dia lahir tahun 1986 - tahun harimau. 

Adlin tengok cerita ni sebab ramai orang dah kena sindrom RJY sejak drama Reply 1988. Walaupun Adlin tak tengok lagi drama tu, tapi Adlin tahu yang dia ni famous sebab drama tu kan. And lagi satu, Adlin suka sangat second lead actor for this drama. It Lee Soo Hyuk. Lee Soo Hyuk jadi watak Gary Choi, pemain tenis no satu di dunia, tetapi pernah jadi jiran kepada Bo Nui masa kecik-kecik. Gary Choi character is a major cutie pie, oh gosh comel sangat. Suka sangat tengok watak dia dalam ni. 

Ramai yang kata RJY tak handsome macam Kim Woobin or pelakon lelaki lain yang handsome. Tapi bagi Adlin, even he isnt a best looking guy like most of the actors, but he got so many charms it makes he seem as an ideal guy. And yang paling penting, dia pandai berlakon betul tak? kalau muka handsome tapi tak pandai berlakon, buat membazir masa je tengok drama tu kan.

Tak sabar nak tengok sambungan drama ni lagi. So far, banyak favourite scenes from this drama yang Adlin rasa macam berbunga-bunga je hati masa tengok drama ni. Lagi-lagi masa episode 4, yang Gary Choi bawak dia keluar tengok cherry blossom and ada kelopak atas kepala dia. Woah scene tu comel sangat. And suka tengok Soo Ho yang cuba control cool depan Bo Nui even dia sebenarnya tengah gelabah sampai tak boleh tengok muka Bo Nui. Adlin boleh cakap ah this is one of the good drama yang boleh layan punya. Recommended sangat drama ni dekat korang.

Tak jumpa gambar yang lebih elok.

Eii Lee Soo Hyuk ni kan geramnya tengok muka dia. 

Favourite ❤

Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes