Linjourney: Hiking at Kubah National Park


Assalamualaikum, greetings everyone,
Gunung Serapi view from inside the car 

This is my second Linjourney for this month, and this time for the first time ever I went for hiking. Despite all the quizzes and assignments, I still managed to spend some time to have fun.

On 28 April 2018, I went to Kubah National Park with le'housemates and our friend Maira! Perjalanan lebih kurang 1 jam dari Unimas untuk ke Kubah National Park. Kami bertolak around 7pagi dari Unimas. Cuaca sangat baik semalam, sampaikan dari jalan raya pun kami dah nampak puncak Gunung Serapi. It's so beautiful from far, and definitely much better when we arrived there.

From my knowledge based on some readings, Gunung Serapi merupakan salah satu daripada tiga gunung kawasan situ (Adlin lupa nama lagi dua gunung tu huhu), dan merupakan gunung paling tinggi di Kuching, Sarawak. Malah, ketinggian Gunung Serapi 100meter lebih tinggi dari Gunung Santubong, tapi kalau nak hiking kat Gunung Santubong lebih mencabar. Rasanya for beginner, Gunung Serapi ni much better sebab dah ada track jalan tar untuk para hikers.
I look like a turtle help me!

Setiap pengunjung kena melapor diri dekat pondok renjer dan tiket masuk bagi warganegara dewasa adalah RM10.

Bayaran tiket masuk

Briefing dulu dari ranjer yang bertugas. 

Kat sini ada beberapa track, tapi kami memang decide tak nak naik sampai puncak pun. Nak pergi air terjun je. First impression Adlin, halahhh jalan tar mesti tak penat. Tapi, Adlin salah. Penat gila, dan salah satu faktor sebab Adlin memang tak fit pun. Tapi walaupun mencabar untuk Adlin, nasib baik ada lagi empat orang peneman yang bising sepanjang jalan.

Muka kepenatan tapi tetap maintain cantik!

Untuk daki sampai ke waterfall trail, just jalan je guna jalan tar. Bila nak masuk waterfall trail tu baru ada guna jalan dalam hutan, macam jungle tracking lah kiranya. Adlin tak sure berapa tinggi gunung tu, tapi masa kat main track, kami nampak tanda 900ft dan waterfall trail pula around 1300meters dari persimpangan. Dari sini kita dah boleh nampak yang Adlin kurang cerdik dalam subject Geography

It would take around 1 hour and half to arrive waterfall, but it took us around two hours to arrive the waterfall, and it mainly because we stopped and took a lot of pictures rather than walking. It was breathtaking! The whether seriously so nice yesterday. If we are lucky enough, we might find a lot of fauna here. Kitaorang jumpa kura-kura, excited betul muka masing-masing.

Waterfall trail.

Getting so much spirits from the girls!


Bila dah sampai waterfall, segala rasa penat terbalas. Permandangan sangat cantik, dan air dia sangat sejuk. Kami sampai je, terus buka bekal makanan. Little picnic, makan roti dengan peanut butter, and telur rebus pun dah sedap sebab kelaparan. Kami berlima hiking tanpa makan sarapan pun. Lepas makan, terus terjun dalam air.
Waterfall

Lawa gila. But this is not mine

Kalau kita panjang batu kat belakang tu, lagi dekat dengan air terjun.

Lama juga kami mandi-manda kat atas tu. We met with a twins from Melbourne. Baru umur 10 bulan, kuat gila mental mummy and daddy angkat budak-budak tu untuk hiking. Adlin bawa diri sendiri pun rasa menyesal sebab hiking lol. Definitely I need to exercise more. 

Patrick in red and Thomas in blue.


Masa nak turun tu, bagi Adlin mencabar sikit kat waterfall trail, sebab banyak tangga. Masa tu memang Adlin rasa tak larat sangat lah kiranya. Kami turun, siap-siap semua kemudian pergi cari lunch dekat kawasan Kuching.

Kami decide nak makan dekat salah satu kedai dekat Icom Square, which is at Restoran Muara. Adlin first time makan Lalapan Ayam. Adlin rasa kat semenanjung macam tak ada je Lalapan tu, ke Adlin yang tak jumpa? Anyway Lalapan ni tak banyak beza pun dengan ayam penyet. Dia macam ulaman. Ada timun, kacang panjang, kobis, daun ubi, tauhu, tempe, ayam goreng dan sambal belacan. Apa yang membezakan lalapan dengan ayam penyet, sambal lain. Menurut abang ambil order tu, Lalapan guna sambal belacan dan ayam penyet sambal goreng. Lagi satu, Lalapan ni ada banyak jenis, ada ayam, ikan, sotong goreng. 

Lalapan ayam.

Adlin pernah nampak lauk ni, tapi Adlin ingatkan makan sayur je. Rupanya kita makan Lalapan dengan nasi putih juga.

Lepas makan lunch, terus kami cari ice cream gula apong yang terkenal kat Kuching, DP Ice cream gula apong. Sedap gila! Kalau datang Kuching sila lah makan ice cream ni.

Ice cream gula apong!

Sarawak ada banyak makanan sedap. Adlin akan buat satu post khas untuk makanan yang wajib korang makan kat Kuching/Sarawak!


Walaupun penat lepas hiking, it was definitely a healing trip for me. I would not able to do this without the other four girls. Paling banyak bagi semangat untuk terus kuat sampai ke waterfall. Nanti kalau ada masa lagi memang nak panjat sampai ke puncak. And maybe boleh try untuk hiking kat Gunung Santubong pula. Hiking is not my cup of tea, but after seeing the view, it totally change my perspective towards hikers. I used to think that why people become hikers because it is a very challenging activity, but I might understand their feeling now. 

Thank you girls.


Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes