Review : Scarlet heart ryeo

Assalamualaikum,

Long time no see everyone, and I'm missing here a lot. Sebagai seorang student matrikulasi, Adlin sangat busy menempuh hari-hari yang mendatang dengan kerja yang terlampau banyak huhuhu anyway, dengan cuti yang berbaki beberapa hari lagi ni, Adlin nak luangkan sedikit masa dekat blog dengan drama review yang banyak sangat Adlin tengok masa cuti ni hehehehe


Anyway, Adlin dari dekat college dah tahan hati nak tengok drama ni, and akhirnya niat Adlin tercapai jua. Walaupun Adlin start tengok dari episode 4 sampai episode 7, tak tengok episode 1-3 pun, tapi Adlin berjaya mempengaruhi satu keluarga Adlin untuk layan cerita ni (termasuk papa) 

Drama Scarlet heart ryeo (hangul: 보보경심 려 ) buat Adlin tersenyum sorang-sorang. Sebab utama Adlin tengok drama ni ialah Lee Jungki yang semakin handsome dan tidak tua. Kenapa orang Korea nampak sentiasa muda?? dari zaman my girl lagi Adlin minat kat watak dia, and bila dia bawak watak Wang So, putera ke 4, buat Adlin jerit bila nampak watak dia yang cool je. 

Drama scarlet heart ni sebenarnya diadaptasi dari satu drama China, bu bu jing xin. Cerita ini mengisahkan tentang Hae Soo (IU) yang terperangkap dekat dunia pada dinasti Goryeo, yang kemudiannya membuatkan dia terjumpa dengan putera-putera handsome pada zaman tu. Wang Wook, Wang So, Wang Yo, Wang Eun, Baek Ah, Wang Jung, Wang Moo. Adlin serious curious dengan ending cerita ni, tapi Adlin tak sanggup nak bagi spoiler kat diri sendiri, nanti tak syok nak tengok. 

Selalunya bila tengok drama, Adlin akan ship heroin dengan first lead character, sebab tak kan lah hero tak end up dengan heroin kan?? tapi drama ni buat Adlin tak tahu nak ship Hae Soo dengan Wang Wook ataupun dengan Wang So. Hae Soo macam suka dekat Wang Wook tapi Adlin suka tengok cara Wang So layan Hae Soo. Comel je dua orang tu alahai.

Watak lain yang Adlin suka is putera ke 10, Wang Eun lakonan Byun Baekhyun. Kenapa comel sangat Baekhyun >< serious tak boleh tengok muka dia yang comel tu. Tak sabar nak tengok Wang Eun dengan anak general perang, Soon Deok. Ship lah dua-dua orang ni. Watak putera ke 14, Wang Jung pun comel. My Jisoo ㅠㅠ Wang Jung ni nampak lebih matang dari Wang Eun walaupun sebenarnya dua-dua ni sama je macam budak-budak. Watak Wang Yo lakonan Hong Jonghyun pula bagi Adlin menyakitkan hati je. Harap muka handsome tapi menyakitkan hati tengok muka dia. Tapi masa dia dekat runningman, Adlin suka sangat tengok dia huhuhu 

Adlin ada baca orang buat perbandingan antara watak Scarlet heart ryeo (korea) dengan scarlet heart (chinese) memang banyak perbezaan. Salah satu perbezaan yang paling ketara, princes dalam scarlet heart ryeo semuanya rambut panjang, tapi kalau dalam scarlet heart chinese, semua princes tak ada rambut depan. Okay gurau. Sebenarnya tak banyak pun perbezaan character dalam kedua-dua drama tu. Kalau nak baca boleh klik sini

Tak sabar nak tengok episode lain. Nak tahu juga siapa yang akan naik takhta dalam istana. 


Wang Yo, Wang So, Hae Soo, Wang Wook, Wang Jung, Wang Eun, Baek Ah, Wang Won      💕💕💕

1 comment

Popular posts from this blog

EatLynn: Trying Korean Food at K-Fry Urban IOI Mall City

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review: Victoria secret's perfumes