7 DAYS 1 WEEK BLOG CHALLENGE - 5 facts about yourself


Assalamualaikum,

 Today I want to try something new. It's a blog challenge from  Saviour. Lets get started! 

5 facts about myself. 

1. Clingy

Yup, I'm a very clingy person. Adlin bila jalan dengan orang, mesti nak kepit tangan. And Adlin sangat tak suka bila kena jalan sengsorang. Bila kena jalan sengsorang, Adlin akan pandang phone je. Padahal tak ada apa pun kat phone tu. Roommate Adlin dah tahu sangat perangai satu ni. Kalau jalan mesti nak peluk tangan dia. Sampai dia rimas hahahah yelah cafe ramai orang. Adlin pulak still tak nak lepas tangan dia. Mana tak rimas budak tu hahahahah

2. Penakut

Dari Adlin kecil sampai Adlin besar, sifat ni susah nak hakis. Disebabkan sikap penakut Adlin nilah, Adlin tak boleh tengok movie hantu. Tapi, Adlin sangat suka baca cerita hantu. Kat wattpad banyak cerita hantu yang best-best. Tapi lepas baca cerita hantu, Adlin akan jadi takut sampai tak boleh pergi toilet sengsorang waktu malam. Tapi bila duduk hostel, takut macam mana pun, Adlin kena tahan. Yelah kadang-kadang assignment sampai tengah malam baru siap. Kalau tak stay up nanti, tak siap nanti assignment. Adlin just fikir, as long as kita tak kacau dia, dia tak akan kacau kita.

3. Sweet tooth

Adlin enjoys dessert so much. Adlin kurang sikit kalau chocolate (except daim and kitkat) tapi kalau bagi kek ataupun jelly, Adlin boleh habiskan walaupun banyak. Kat cafe kitaorang ada jual waffle tau, kadang-kadang bila dah craving sangat Adlin akan beli waffle tu, makan sengsorang. Disebabkan tabiat teruk ni lah, Adlin susah nak turun berat. Kena kurangkan makan manis baru berat boleh turun.

4. Skin care and make up

Adlin suka sangat dua benda ni. Sejak minat kpop, Adlin semakin pentingkan penjagaan kulit wajah and sekarang dah start pakai make up. Walaupun Adlin bukan lah seorang yang lahir je dah flawless, tapi Adlin try jugak. Adlin paling suka face masks. and ada banyak benda ni hahahaha tapi sekarang Adlin dah slow down sikit. Masa tidak mengizinkan sebab duduk hostel (Adlin banyak salahkan hostel hahahah)

5. Kpoppers 

Adlin minat kpop dari darjah 6 tahun 2010. Group pertama Adlin minat masa tu ialah Super Junior, sebab masa tu diorang tengah comeback lagu No Other. Suka gila dengan Siwon masa tu sampai gaduh dengan kawan hahahah sekarang ni dah tak macam dulu, cuma Adlin minat gila aka suka gila dekat Bangtan Sonyeondan aka BTS. Tak boleh ah dengan bangtan, aura diorang kuat sangat. Masa mula-mula minat bangtan, Adlin suka Jungkook, lepas tu minat gila dekat Jimin, pastu sayang gila kat Hoseok and sekarang Adlin tengah obses dekat leader Namjoon. That cutie pie. Adlin sampai sekarang tak faham kenapa orang cakap Namjoon tak handsome. Handsome gila kot. Kawan Adlin yang tak minat bangtan pun suka kat Namjoon. Haih orang dengki je tu sebenarnya, kan? 


So ni lah 5 facts tentang Adlin. Till we meet again in the next post ;) 


2 comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review: Victoria secret's perfumes

EatLynn: Trying Korean Food at K-Fry Urban IOI Mall City