Fangirl mode : Kim Samuel's sweet sixteen

Assalamualaikum and hello earthling.

First of all, yeyy to the new background. After struggling a lot with the background, I finally berjaya dengan editing and stuff. Back to basic with black and white even though I'm not kind of aesthetic person. Another thing is, post kali ni memang Adlin mereng sikit. Adlin nak pesan awal-awal, takut korang kemurungan lepas baca post Adlin ni.



Anyway, hari ni Adlin nak fangirl about Kim Samuel. Kalau sesiapa yang kenal Seventeen sejak zaman pre-debut, mesti akan kenal dengan maknae Kim Samuel. He's grown up now and finally debut as a solo artist dengan album Sixteen, the first mini album.

Kim Samuel - Sixteen


Dalam album ni ada 6 lagu, and title dia lagu Sixteen (ft. Changmo). Masa first tengok MV ni, serious Adlin rasa macam mak-mak yang tengok anaknya membesar. Hiperbola sangat tapi oh my god, tu yang Adlin rasa. Rasa macam nak cakap je kat dia"Anak omma dah besar and handsome." Yelah, dia baru 16 tahun and dah debut. Adlin masa 16 tahun nak pergi sekolah pun masih harapkan duit belanja dari mama.

Apa yang Adlin rasa menarik pasal debut ni, ada tiga version of photo teasers, nice, lovely and shy. Setiap gambar tu buat Adlin nak menjerit. Handsome sangat huhu Tak percaya yang dia umur 16 tahun.

Photo teaser nice version

Photo teaser lovely version

Photo teaser shy version

Ahh serious comel semuanya. Geram tengok. Adlin hampir nak terbeli album ni tau, tapi Adlin pergi beli barang kat Hermo, jadi duit tak cukup huhu tak apa, bulan ni kita beli juga album ni. Ada dua lagu yang Adlin suka sangat dalam album ni. First, with you (ft. Chungha). Since I'm a big fan of both of them, and Adlin memang minat sangat dejat Chungha since produce 101 season 1, Adlin rasa lagu ni memang dibuat untuk Adlin.





Adlin suka genre macam ni. Tak sure ah genre apa, rnb kot. Tapi suka ah lagu macam ni. The lyrics are so adorable, the melody, and most important is their performance together. Chungha sangat cantik and Samuel sangat handsome. Rasa macam nak ship kan je dua orang ni. Tapi, masalahnya jauh sangat beza umur. Kalau dua tiga tahun beza tak apa lagi, dia dekat 10 tahun beza kalau tak silap. 

Lagi satu lagu Adlin suka, I'm ready. 




Lirik lagu ni boleh buat Adlin kena heart attack. Sampai Adlin terfikir, bestnya ada boyfriend macam ni T.T Nak Samuel please.

Mungkin sebab lama kenal Samuel ni, sejak dari zaman seventeen TV lagi, so Adlin macam berharap yang impian dia nak jadi artist akan kekal dalam tempoh masa yang panjang. Masa dia jadi trainee Seventeen dulu, dia baru 11 tahun, kecil sangat. Lepas tu bila keluar dari Pledis entertainment, join Brave entertainment. Masa tu dia debut dengan OnePunch. Bila One masuk Show Me The Money 5, and menang, One tukar ke YG Entertainment. Tinggallah Samuel sengsorang. Pastu dia ada lagu dengan Silento, pun tak lama jugak. Bila masuk Produce 101 season 2, baru nampak cerah sikit masa depan dia. Tu pun tak terpilih jadi Wannaone member, frust betul Adlin. Menangis terus tahu tak masa tengok episode 11 tu. Tapi bila fikir balik, nasib baik juga dia tak debut dengan Wannaone, kalau tak mesti dia sedih juga sebab Wannaone tu group sementara. 

Sebenarnya perjalanan hidup kita ni cantik, jangan putus asa je. Buat je yang terbaik dalam sesuatu benda yang kita nak, and pastikan kita buat sampai kita achieve benda yang kita nak tu. Tak semestinya ada satu jalan je kan, mesti ada jalan and cabang lain untuk capai impian kita tu. Haih Adlin mengalami bipolar maafkan Adlin. Till we meet again next time ;)


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review: Victoria secret's perfumes

EatLynn: Trying Korean Food at K-Fry Urban IOI Mall City