Random : What is your name?

Assalamualaikum and hello earthling,


My cutie pie

It has been 2 weeks after my mid semester break, and honestly I have lost all my motivation again hahahaha Last week was freaking busy for me; semua assignment nak kena hantar minggu lepas, quizzes and tests almost every day, presentation lagi, nak catch up BTS sebab diorang semua pergi L.A untuk AMAs lagi hahaha Yang last tu habit tak baik, dah tahu kerja berlambak masih lagi nak luangkan masa sikit untuk BTS. 

Anyway, minggu lepas, ketua untuk kumpulan BTS, Kim Namjoon tukar stage name dia. Sebelum ni dia guna nama 'Rap Monster' dan dia nak tukar kepada 'RM'. Boleh baca kat article Soompi ni untuk tahu dengan lebih lanjut. 

click untuk tumbuh jadi besar lol 

According to the article, he has been promoting under the name 'Rap Monster' for about five years, since the end of 2012. But the name was a bit long, and at some point, he started to introduce himself as Rapmon or RM, rather than the full name Rap Monster. 

In one of the interview, Namjoon mentioned that RM not just abbreviated of 'Rap Monster' but it could symbolize many things. RM stands to 'Real Me'. 

Bila Adlin baca pasal Namjoon ni, Adlin rasa macam sebenarnya macam mana orang lain panggil kita ni, akan menggambarkan sifat sebenar diri kita. Ke Adlin je yang rasa macam tu?? Maksud Adlin, kalau nama panggilan kita ni akan describe perangai kita..

Contohnya, nama penuh Adlin, Adlin Sofiya tau. Dulu, dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah sampailah masuk matriks, semua kawan-kawan Adlin akan panggil "Lin". Bila panggil macam tu, rasa macam lembut je nama tu. Rasa macam Adlin boleh percayakan orang tu, boleh berkongsi cerita dengan orang tu, boleh kongsi rahsia dengan orang tu. Sebab tu Adlin suka dengan panggilan "Lin" tu.

Tapi bila Adlin masuk universiti, Adlin kenalkan diri sebagai "Ed". Sebabkan Adlin tak kenal sesiapa kat sini, Adlin rasa macam Adlin tak boleh nak percayakan semua orang kat sini. Kalau sesiapa yang panggil "Ed", macam ada barrier tau antara Adlin dengan orang tu. Panggilan Ed tu buat Adlin tak boleh nak rapat dengan orang tu, tak boleh nak berkongsi cerita dengan orang tu. 

Kalau dalam blog pula, Adlin suka guna "Adlin". Panggilan 'Adlin' ni rasa macam kawan-kawan. Bukan kawan yang rapat sangat, tapi kawan yang boleh nak kongsi cerita, tapi bukan kongsi rahsia. Sebab dekat blog kan, kita akan kongsi cerita kita, tapi bukan semua cerita kita akan kongsikan. Ada sesetengah benda yang kita akan tapis sebelum dikongsikan dekat blog.

Untuk panggilan "Sofiya" selalunya digunakan dekat rumah je. Papa, Mama, makcik, pakcik, kiranya semua sanak saudara memang guna panggilan "Sofiya". Adlin rasa awkward kalau panggilan "Sofiya" digunakan oleh orang lain. Tapi dulu masa sekolah menengah, cikgu Kimia guna nama Sofiya. Sebabkan nama dia pun Adlin, so dia kata macam dia tengah panggil nama sendiri lol.

Panjang Adlin membebel, tapi Adlin harap korang nampak point apa yang Adlin cuba sampaikan. Sekarang ni, kalau orang tanya 'Nama siapa??' memang akan cakap 'Nama saya Adlin'. Dah lama berkawan nanti baru Adlin decide dia kena panggil "Ed" ataupun panggil "Lin" Hahaha Pelikkan Adlin?? Entahlah. Just my 2cents thought. Korang rasa tak apa yang Adlin rasa??


Tak kesahlah mana satu panggilan pun, semuanya tetap nama Adlin. 

Tak kesahlah Rap Monster ke, RM ke.. Adlin tetap akan bahasakan dia as Namjoon huhu

Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes