Linjourney: A day trip to Kuching

Assalamualaikum and hello earthling,


I miss writing and definitely missing my blog a lot. I really want to write, but assignments and stuffs kill me. Since this semester is a short semester and we don't even have study week for this semester, I'm so busy even my credit hours are not that much. I'm trying my best to write even a post a month!

On 6 April 2018, semasa hari terakhir cuti pertengahan semester, Adlin dapat jalan-jalan pusing sekitar bandar Kuching. Apa yang lagi menarik, ini percutian Adlin yang pertama, dengan mama and papa tanpa adik-adik yang lain. Dapat lah merasa jadi anak tunggal sekejap hehe sebenarnya, memang unplanned pun percutian ni. Masa 6 April tu Adlin ada Neuroscience Symposium dekat bandar Kuching, tak sangka pula majlis tu separuh hari je, jadi dapat lah Adlin jalan-jalan dengan papa and mama. Salah satu sebab lain pula, kamek study rah sitok pun sik penah atang Kuching (Adlin study sini pun tak pernah sampai Kuching). Ini lah masanya untuk berjalan-jalan kan?

Adlin dapat join mama and papa pusing Kuching dari pukul 1 tengah hari, lepas habis Neuroscience Symposium tu. Kitaorang makan tengah hari dekat Mom's Laksa - kat sini macam-macam ada, laksa sarawak, mee kolok tapi tengah hari tu kitaorang decide nak makan nasi ayam penyet. Sedap gila!

Rindu nasi ayam penyet masa kat Bandung!

Lepas makan, kami jalan-jalan kat bandar Kuching. Mama dengan papa Adlin sebenarnya dah banyak kali datang Sarawak, so diorang macam dah tak heran hhahahah Adlin je yang jakun sebab tak pernah jalan sini. Adlin dapat bergambar kat tugu Kuching yang famous tu hahaha bila dah bergambar kat situ, baru lah ada bukti yang Adlin ni belajar kat Sarawak!


Petang tu memang kami pusing-pusing area Kuching Waterfront je. Kuching Waterfront ni tebing Sungai Sarawak, bila petang-petang ramai lah orang lepak, ada busking and orang jual-jual makanan. Kat situ ada jambatan baru sahaja buka tahun lepas, Jambatan Darul Hana. Jambatan ni menghubungkan dua kawasan Kuching. Kalau dulu kita nak ke seberang sungai tu boleh naik sampan yang tambang tu, sekarang ni naik jambatan pun boleh. 

Sunset 



Jambatan Darul Hana. Adlin rasa kalau nak lighting cantik, pergi waktu petang lagi better.


Adlin and mama memang kalau ambil gambar macam ni hahahhaha


Malam tu, kami makan seafood kat Top Spot, Kuching. Kat sini, Adlin tak perasan kedai lain, tapi kedai yang papa bawa ni kena pusing ke dalam juga lah baru jumpa kedai tu. Kitaorang bertiga je tau malam tu, tapi banyak gila order hahahah memang Adlin rasa puas sangat dapat makan seafood. 

Kalau korang ada plan nak makan kat sini, Adlin recommend Oyster Pancake untuk korang try. Adlin tak tahu lah Adlin lapar sangat ke malam tu, tapi memang sedap! I ate the pancake alone hahaha. Kalau ada kesempatan lagi memang Adlin nak makan pancake tu. 

Oyster pancake, ikan merah steam 

Butter crab, kitaorang ada order butter prawn juga. Tapi tak ada dalam gambar.

Malam tu selepas kekeyangan makan seafood, kami pun balik ke hotel. Plan asal nak lepak kat Kuching Waterfront, tapi mama dengan papa dah penat. Lepak-lepak kat bilik hotel lagi best.


7 April 2018, Saturday

Sebabkan tak ada sarapan, jadi pagi-pagi lagi Adlin masak meggi hehehe 

Banana chocolate pocky! Sedap gila. And lately adlin memang obses dengan melon milk ni
(tapi korea punya melon milk lagi sedap, ni tak rasa susu sangat)

Hari Sabtu ni memang tak ada aktivity pun. Lepas check out hotel, kami pergi beli kek lapis sikit and lepas tu terus hantar Adlin pergi balik Unimas.

Blue- papa, pink- mama and Adlin- red sebab Namjoon punya lagu :D

Walaupun short trip, Adlin puas hati sebab dapat pusing-pusing kat Kuching. Paling Adlin gembira sebab ni first time mama datang Unimas. Dulu masa pendaftaran mama Adlin tak ikut sebab adik-adik tak ada orang nak jaga. Adlin selalu terfikir macam ni, kalau tak ada mama yang selalu marah bila tak siap homework, yang rotan setiap kali dapat B dalam exam, yang bebel bila tak belajar, Adlin rasa maybe Adlin tak akan ada kat sini sekarang. Adlin banyak kecewakan mama sejak kecil, lagi-lagi sebabkan Adlin ni anak first, jadi ni je lah Adlin nak banggakan mama. Adlin nak mama rasa bangga sebab akhirnya anak dia seorang dapat masuk university :)

Adlin tak tahu mama Adlin akan baca ke tak post ni (Adlin selalu akan share link post kat group whatsapp family HAHAHAHAH) tapi mama, akak sayang mama sangat. Akak selalu macam buat degil or belajar separuh jalan tapi mama still support akak. I love you a lot!



Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

EatLynn: Trying Korean Food at K-Fry Urban IOI Mall City

Review: Victoria secret's perfumes