Tips: How did I motivate myself
Assalamualaikum and hello everyone, Selamat hari ke-12 Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu kan? Adlin ada lebih kurang 2 minggu sebelum Adlin balik. Jadi, sekarang ni memang Adlin tengah busy dengan final exam, tapi baru satu paper yang dah habis. Five more papers to go. Korang pernah tak rasa sangat tidak bermotivasi (unmotivated)? Adlin memang ada masa-masa tertentu dalam satu bulan tu, mesti akan ada hari yang Adlin rasa nak tidur je seharian tak nak bangun. Ataupun ada hari yang Adlin suka sangat bertangguh kerja, sebab malas tahap tak boleh nak cakap dah. Bila dah jadi unmotivated macam ni, Adlin selalu cari beberapa cara untuk stay motivated. Jadi kat bawah ni Adlin nak share beberapa cara yang berkesan untuk Adlin supaya stay motivated, dan Adlin harap mungkin cara ni akan berkesan dekat orang lain juga ^^ 1. Know your goals. - Bagi Adlin, sebelum buat sesuatu pastikan kita tahu apa matlamat kita. Macam contohnya, kalau rasa penat sangat nak belajar ataupun rasa m...