DIY Beauty: 5 Song Hye Kyo Recipes

Assalamualaikum,

Dalam entry lepas Adlin ada cakap nak buat Korea haul kan? Nampaknya Adlin tak jadi nak buat Korea haul tu sebab tak pandai nak ambil gambar cantik-cantik heheheh Tapi Adlin akan buat review untuk beberapa product yang Adlin ada sekarang. Insya Allah kalau ada banyak masa. Bukan masalah masa sebenarnya, tapi masalah kemalasan Adlin nak update blog. Hahahaha

Pretty unnie 

Korang mesti kenal ni siapa kan? Dr. Kang Moyeon hehehe Cantiknya dia lagi-lagi dalam descendants of the sun. Oh ye, cakap pasal drama tu, cerita tu dah habis T.T tak puas Adlin tengok cerita tu. Mama pun sama, siap feeling lagi menangis masa Yoo Sijin hilang tu. Dan akhirnya mama Adlin dah official jadi fan Song Joongki, siap cakap mama tak suka tengok watak dia dalam Sungkyunkwan Scandal, sebab watak dia jahat. Dia lagi sesuai bawak watak baik macam Captain Yoo Sijin Hahahaha

Okay back to the topic. Heroine untuk drama descendants of the sun ni, Kang Moyeon aka Song Hye Kyo, memang mendapat perhatian ramai. Yelah, watak dia dalam drama dots tu dia boleh bawak dengan sangat baik. Adlin pun buat lah random search nak cari tentang tips skin care dari Song Hye Kyo, dan Adlin baru tahu yang Song Hye Kyo ni dah berumur 34 tahun. Maksudnya umur dia lebih kurang macam Sandara Park lah kan? Huhuhu

Walaupun dah berusia 30-an, tapi kulit Song Hye Kyo sangat cantik. Kulit muka dia bersih je, bebas daripada jerawat dan jeragat. Kulit dia pun nampak sangat dewy, sebab orang Korea kan suka dewy look ni berbanding matte, so kulit dia tak nampak kering. Sangat berbeza dengan kulit Adlin ni, dah lah berjerawat, sunburn sejak zaman sekolah dulu pun tak hilang-hilang hahahahaha so hasil research Adlin, dapatlah beberapa rahsia daripada Song Hye Kyo yang dia amalkan untuk memastikan kulit dia sentiasa cantik dan sihat.

Beauty secret 1: Egg white and honey for whitening 

Nak buat face mask ni sangat simple. Kita hanya perlukan sebiji telur (tanpa telur kuning) dan juga satu sudu madu. Campur kedua-dua bahan tu sehingga sebati- ayat macam nak buat kek heheheh dan sapukan ke muka. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air. Mask ni boleh dipakai setiap dua minggu, sebelum masa tidur.

Beauty secret 2: Honey for skin brightening

Cairkan madu dengan dua kali jumlah air, dan sapukan ke muka. Tunggu sehingga kering sebelum bilas dengan air. Ni pun boleh diamalkan 2minggu sekali, tapi kalau nak buat seminggu sekali pun boleh. Tapi sayanglah nak guna madu, sebab madu mahal hehehe Oh, cara ni sesuai untuk hilangkan kedutan halus dan menjadikan kulit lebih bersinar (brightening)

Lagi satu cara yang boleh digunakan, campurkan satu sudu madu, satu sudu susu tepung dan satu biji telur putih. Use a cotton pad to apply the blend as a light layer on skin. Bilas dengan air setelah 20 minit. Cara ni sangat bagus untuk mereka yang ada masalah kulit kering, dan ini boleh diamalkan 2minggu sekali.

**Adlin tak sure tau kita guna susu tepung apa, tapi kawan Adlin dengan mak dia gunakan susu adik dia yang kecil (susu origanal putih bukan susu coklat) untuk buat mask, and dia kata memang berkesan. Jadi Adlin rasa apa-apa susu tepung pun boleh, Adlin belum try sebab adik Adlin minum susu coklat huhuhu

Beauty secret 3: Carrot flour mask for anti-aging

Bahan untuk mask ni sangat senang, carrot, tepung dan air. Kiraan dia mestilah 3 bahagian carrot, 2 bahagian tepung dan 1 bahagian air yang ditapis. Kisar carrot sehingga hancur, dan campurkan bersama tepung dan air. Boleh juga gunakan rice powder ataupun oat flour untuk mengantikan tepung.

Beauty secret 4: Milk for skin and smooth skin

Salah satu rahsia kecantikan Song Hye Kyo ialah gunakan susu untuk basuh muka, dan sebagai facial mask. Gunakan susu rendah lemak. Tapi cara ni sangat tak digalakkan oleh Adlin, sebab membazir makanan. Lagipun berapa banyak susu nak gunakan unuk jadikan muka kita putih? Kalau muka Adlin berbotol-botol pun tak putih lagi hehehe

Beauty secret 5: Ice cubes for slimmer face

Song Hye Kyo juga gunakan ice cubes dan urutkan ke seluruh muka dia. Cara ni bagus untuk memastikan kulit sentiasa tegang dan boleh menjadikan muka semakin kecil. G-Dragon pun buat cara yang sama sebelum make-up, sebab ice boleh buat pori muka kita mengecil, jadi make-up akan tahan lama. Sebab tu kot ada artist yang bilas muka pakai air sejuk setelah pakai pencuci muka. Biar pori muka mengecil. Adlin pun ada try sebelum ni, tapi Adlin tak sure lah kita boleh selalu gunakan cara ni atau tak, sebab takut kulit kita tak sesuai nanti jadi semakin kering.


Antara cara lain yang diamalkan, Song Hye Kyo tak ambil makanan yang tidak sihat untuk kulit, contoh macam makanan ringan, coke, black tea. Dia juga lebihkan makan sayuran dan buahan. Makan labu juga elok untuk memastikan muka kita tak puffy (swelling). Pastikan kita sentiasa minum banyak air, untuk stay hydrated. Lagi-lagi dengan cuaca Malaysia yang panas sangat sekarang.

Dalam press conference untuk drama dots, dia akan cakap yang dia jumpa dermatologist untuk buat rawatan kulit. Selain itu, dia gunakan face masks and face packs yang ada pelbagai kegunaan untuk kulit. Dan juga exercise, sebab exercise bagus untuk memastikan kulit kita sentiasa bersih dan boleh keluarkan toksik dalam kulit. 



Song Joongki pun jaga kulit dia dengan teliti, walaupun dia seorang lelaki. Patut pun kulit dia putih je walaupun baru keluar dari army, and watak Yoo Sijin pun putih je. Macam tak logic sebenarnya sebab mana ada askar putih kan hahhahaha

Song Joongki ada cakap dalam press conference (Adlin tak sure kat mana. So, kalau Adlin salah, sila betulkan) yang sebagai seorang askar sangat susah untuk jaga kulit. Jadi setiap malam sebelum tidur, Joongki akan basuh muka dia pakai susu untuk mendapatkan kulit yang putih susu gitu. Dia juga tak gunakan heater masa tidur, sebab tak nak muka jadi kering. 

Joongki juga kata, dia akan gunakan sunscreen setiap hari, dan guna face mask pada waktu malam. Dan juga exercise. Jadi, Adlin rasa exercise ni memang bagus untuk pastikan kulit kita sentiasa sihat.

Nampak tak, dia pun sibuk nak jaga kulit dia. Yelah, itu sumber rezeki dia kan. Sebab tu dia jaga kulit dengan elok. Walaupun Adlin tak gunakan muka sebagai sumber rezeki, yelah Adlin bukannya model ke pelakon ke, tapi Adlin nak juga kulit halus macam dia ni. Walaupun tak boleh nak cerah macam diorang ni, tapi kalau nak tumbuh jerawat pun, biarlah sebulan sekali. Hehehehe

And lagi satu, perasan tak, diorang suka sangat guna face mask. Sebab face mask ni ada pelbagai jenis, untuk brightening, whitening, acne, dry skin, soothing, macam-macam lah. And face mask pun cost nya lebih murah berbanding rawatan dermatologist. Kalau kat instagram tu, Adlin selalu tengok orang buat #7daysfacemaskchallenge maksudnya gunakan face mask setiap hari selama 7 hari straight. And kita dapat lihat kesan kepada kulit kita lagi-lagi kalau kita jumpa face mask yang betul-betul sesuai untuk kulit kita. Tapi, Adlin boleh tengok je lah. Nak buat challenge tu, tak cukup duit Adlin nak beli face mask banyak-banyak lepas tu pakai terus seminggu heheheh tapi kalau ada yang pernah buat, bagi tahu Adlin tau. Mana tahu betul-betul berkesan, jadi boleh lah Adlin try juga :D

See you in next entry ^^

Comments

A N I S said…
kalau nak jimat beli lah yang mask dalam botol tu boleh guna bnyk kali , kalau yg jenis sheet mahal sekeping :(
Unknown said…
Tu lah, standard harga kalau beli online pun rm4/sekeping.. kalau pakai mask dalam botol pulak, tak banyak variety lah hahahahhaa dilemma pulak Adlin

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes