Korea trip: day 1 and day 2
Assalamualaikum,
Annyeonghaseyo yeorobun, hehehe Apa khabar semua?? Dah lamakan Adlin tak datang melawat sini? Dah berhabuk blog sebab lama sangat tinggal. Mianhae T.T Adlin tak cukup masa lah hahahahaha
Okay, kalau korang follow Adlin dekat ig, mesti korang tahu kan Adlin baru balik dari negara asal untuk bias-bias Adlin, Republic of Korea. Alhamdulillah, 6 hari Adlin keseorangan dekat sana segalanya berjalan dengan lancar. Adlin ada tulis nak update about my preparation to South Korea tapi tak dapat tulis pun sebab tak cukup masa. Tak apalah Adlin masukkan sekali dalam post tentang Korea trip Adlin.
Anyway, Adlin just nak share sedikit pengalaman Adlin tengok negara orang. Lagi-lagi ini merupakan pertama kali Adlin pergi ke negara orang, and pergi keseorangan tanpa keluarga. Macam-macam Adlin rasa, excited takut happy risau semua nya bercampur baur. Bukan lah keseorangan, sebab Adlin ada peneman, Kak Ain kakak yang dari lain parent yang menjadi peneman Adlin dekat sana. Hahahaaha
P/S: Post kali ni ada banyak pic Adlin. Jadi Adlin nak minta maaf sangat-sangat kalau korang rasa Adlin ni perasan comel je dalam setiap gambar hhahaha
Adlin memang dah lama sangat pasang niat nak pergi negara Korea. Dari tahun 2009/2010 jadi dalam 6-7 tahun jugalah. Adlin ingat lagi my first kpop boys group yang Adlin suka ialah Super Junior and my first Korean drama is Boys over flower, pastu baru lah Adlin start SS501 huhuhu Okay dah melalut. Adlin macam tak pernah terfikir one day Adlin dapat pergi negara bias Adlin tu, tapi Alhamdulillah tahun lepas my parent pergi honeymoon dekat Korea, bila balik je diorang pun decide Adlin boleh pergi ke Korea.
Adlin pergi dengan travel agency, jadi segalanya dah disiapkan. Mungkin bagi sesetengah orang, kalau pergi dengan travel agency banyak duit yang kena dikeluarkan daripada pergi sendiri. Tapi, bagi Adlin sebabkan ni first time pergi, jadi kalau ikut travel agency lagi senang, tak payah pening-pening nak fikir makanan, tempat tinggal atau tempat yang menarik nak dilawati.
Daripada KLIA2 dengan flight air asia X pada pukul 1 pagi.
Sebelum landing, pilot cakap suhu dekat luar 2 degree celcius. Dalam hati fikir hmm tak sejuk kot. Tapi keluar je dari airport, mengigil badan cari sweater heehehhe sampai merah-merah pipi. Sampai je Incheon Airport, terus bertolak ke Nami Island. Nami island ataupun Naminara republic terletak 63km daripada Seoul, dan terletak di tengah Sungai Han atau Hangang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Nami island.
Sebelum masuk ke dalam Nami island tu, kitaorang pergi makan tengah hari dulu. Sumpah lapar gila sebab sampai airport pukul 8.25 pagi, tak sarapan terus bertolak. Alas perut dengan muffin chocolate je.

Dah nak tertidur sebenarnya. Tapi dalam mengantuk, mata masih nakal tengok orang yang handsome sikit XD
Habit ambil gambar kat toilet. Incheon airport hehehe
Sebelum landing, pilot cakap suhu dekat luar 2 degree celcius. Dalam hati fikir hmm tak sejuk kot. Tapi keluar je dari airport, mengigil badan cari sweater heehehhe sampai merah-merah pipi. Sampai je Incheon Airport, terus bertolak ke Nami Island. Nami island ataupun Naminara republic terletak 63km daripada Seoul, dan terletak di tengah Sungai Han atau Hangang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Nami island.
Ternampak kincir angin masa dalam bas.
Sebelum masuk ke dalam Nami island tu, kitaorang pergi makan tengah hari dulu. Sumpah lapar gila sebab sampai airport pukul 8.25 pagi, tak sarapan terus bertolak. Alas perut dengan muffin chocolate je.
Menu tengah hari: Nasi putih, kacang hitam, taugeh, ikan bilis goreng, ikan goreng, kimchi 2 jenis, sayur bayam celur, dengan sotong masak apa entah.
Sebab dah lapar, tak complain apa-apa, terus duduk, baca doa and ngap je. Nasi dia sedap, panas je lagi-lagi cuaca dekat luar sejuk. Tapi diorang tak pakai nasi macam kita, nasi dia macam pulut sikit. Sebab tu senang kenyang. Atas nasi tu ada kacang hitam dengan kurma.
Adlin rasa gambar ni unik. Perhiasan yang diletakkan dalam restoran tu, sementara tunggu orang keluar tandas. Hehehe
Habis makan, terus pergi ke jetty untuk ke Nami island. Dekat je sebenarnya. 5 minit kalau perjalanan naik bas.
Nami island ataupun Naminnara ataupun Nami seom ni mempunyai keluasan sebesar 460000m square, dan circumference sepanjang 5km. Terhasil dengan hanya batu-batu kecil dan pasir, dekat Nami island ni tak ada sebarang gunung pun tapi pokok yang tumbuh dekat kawasan pulau ni tinggi sangat. Pulau ini diberi nama semperna seorang general yang bernama General Nami, seorang yang sangat penting dalam sejarah Korea yang sangat berani dalam peperangan, malangnya meninggal pada usia 26 tahun.
Pembinaan Cheongpyeong dam dan juga hujan telah menjadikan kawasan ini dikelilingi air, yang kini menjadi sebuah pulau. Pada tahun 1965, Mr. Byeong Do Minn telah menanam beribu-ribu pokok di kawasan ini. Dan kini Nami island atapun Pulau Nami telah menjadi kawasan yang sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran bukan sahaja untuk manusia malah untuk haiwan-haiwan juga.
Macam mana Adlin boleh hafal benda ni? Ye sebenarnya Adlin cuma direct translate dari pamplet yang dapat dalam pintu masuk tu hahahaha. Apa tarikan utama dekat Nami island? mestilah sebab kawasan ni pernah jadi tempat untuk cerita Winter Sonata, cerita yang popular satu masa dulu. Malangnya masa tu Adlin kecil lagi hahahah
Group picture by Peter. Cuba tengok antara orang salji tu, ye pakai tudung hitam tulah Adlin hahahaha
Metasequoia lane. Seriously dalam google lawa je pokok ni, tapi realitinya sangat ramai manusia jadi nak ambil gambar mesti ada orang photobomb hahaha
Orang sini tulis hajat dekat kertas lepas tu ikat dekat sini.
Ada matahari tapi still sejuk Masa ni suhu dah meningkat sikit, dalam 5-7 degree celcius.
Terlalu awal untuk bunga cherry blossom tumbuh
Dalam drama tu sini tempat first kiss. Adlin lagi sanggup tengok this two little snowman kissing then tengok manusia tak malu kiss depan orang.
Acah-acah faham ye. Children Library. Kat sini je satu-satunya tempat ada surau untuk orang Islam.
Kitaorang naik ferry semula pada pukul 3 petang. Dari Nami island terus naik bas untuk bertolak ke Mount Seorak. Perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 2jam setengah, jadi Adlin menghabiskan masa dalam bas dengan tidur.
Jumpa kat first RnR sini. 4 botol ni 6000won. Boleh lah.
Petang tu, kitaorang sampai ke Mount Seorak dalam pukul 6 petang, terus pergi dinner. Lapar sangat duduk dalam bas lama-lama. (Rasanya Adlin memang setiap masa kelaparan, tolong lah faham.) Masa tu suhu dah start turun. Mungkin dah nak malam, and kawasan pergunungan.
Menu: nasi ala pulut, ikan bilis, ikan bakar, sup tu macam tomyam.. sedap lah juga panas je rasa badan.
Malam tu check in dekat Hanwa Resort Seorak. Dah lah sejuk malam tu, kitaorang siap-siap semua, layan Produce 101 terus masuk tidur.
Hari kedua di Korea. Bangun pagi selepas Subuh, konon-konon nak feeling ambil udara pagi di Korea, Adlin pun bukak sliding door dekat dalam bilik tu. Kuat gila angin pagi tu. Suhu lebih kurang 1 degree celcius rasanya, tapi angin kuat sangat. Ambil angin pagi dalam keadaan mengigil.
Bila make up lagi penting dari sarapan :')
Kitaorang terus ke kawasan untuk menaiki cable car untuk pergi ke puncak Mountain Seorak lepas breakfast. Terasa kesejukan pagi tu. Rupanya baru Adlin tahu kat kawasan gunung tu, suhu lebih kurang -2 degree celcius. Hmm patut lah sejuk sangat. Sampaikan ada air terjun, tapi jadi ais sebab dah beku.
Nampak tak ada wire untuk cable car? Malangnya tak dapat naik sebab angin kuat sangat.
Okay tu bukan acah-acah sejuk, tu memang betul-betul sejuk.
Disebabkan tak dapat naik cable car, so kitaorang pun terpaksa tukar jadual untuk pagi tu. Kitaorang pergi Teddy Bear Museum. Tak silap Adlin, ada lebih kurang 3000 teddy bear kat dalam tu, dengan bermacam-macam tema dan bermacam-macam saiz.
Yang ni sumpah comel. Rasa macam kena peluk.
Rumah teddy bear, alahai cute gila. Kecik je pintu dia.
Habis pusing-pusing dekat situ, dalam masa sejam juga lah. Akhirnya kitaorang bertolak untuk balik ke Seoul. Tapi sebelum tu, pergi makan tengahari dulu.
Menu: nasi ala pulut, sup, ikan bakar, nampak tak yang warna coklat tu?? Tu cendawan tak tahu masak apa tapi sedap sangat.
Activity tengah hari tu ialah, kitaorang dapat pergi ke everland. Dalam group tu Adlin rasa Adlin yang paling excited nak pergi sini. Okay kalau korang nak tahu, Everland merupakan theme park yang paling besar sekali yang dikendalikan oleh syarikat Samsung. Everland di bahagikan kepada 5 bahagian dan tarikan utama dekat sini ialah T express, roller coaster yang mempunyai steepest falling degree in the world. Malangnya, sebab terlampau sejuk, benda tu di tutup buat sementara waktu. Entah lah kenapa but I'm so sad.
Sila jangan buang benda ni. Sebabnya ada map dalam ni. Takut sesat hahahah
Pokok ni akan diubah mengikut musim, jadi masa Adlin pergi banyak juga bunga-bunga kat keliling pokok ni.
Korang tentu tak cam Adlin kan? Sebab Adlin lagi lawa dari bunga hahhaahahha
p/s:jangan kecam saya
Posing tu pelik, tapi nak tunjuk hologram concert kat belakang tu. Tapi tak cukup masa nak masuk situ. Sedih juga lah.
Kitaorang keluar dari kawasan Yongin tu dalam lebih kurag pukul 7 petang. Masa ni cuaca hujan renyai, jadi sejuk sikit lah. Penat main-main dekat Everland, Adlin pun tertidur sampai waktu dinner.
Dinner dekat restoran Thai, masa ni baru jumpa nasi pakai beras macam kita. Berselera makan.
Perjalanan di teruskan sampailah ke Itaewon, Seoul. Kita orang menginap di ITW hotel, dekat kawasan Itaewon. Dekat sangat dengan masjid Itaewon, tapi kitaorang terlalu penat nak berjalan sampai masjid. Kawasan hotel kitaorang ni, kawasan berbukit. Memang Itaewon ni berbukit-bukau. Malam tu, siap-siap semua layan tv sekejap walaupun tiada cerita dengan subtitle english hahahaha. Lepas tu terus tertidur.
Begitulah dua hari Adlin kat Korea, nanti ada masa Adlin akan update hari ke tiga and ke empat secepat mungkin. Annyeong~ P/S: bila baca balik, banyak perkataan sejuk.
Comments