Korea trip: day 5 and day 6

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bila tengok tajuk post kali ni, Adlin pun rasa lega sikit. Sebab, ni post last untuk Korea trip Adlin. Adlin pun rasa Adlin kena habiskan post ni cepat-cepat, sebab Adlin dah start confuse apa Adlin buat dekat Korea. Anyway, maybe lepas ni Adlin akan update satu lagi post, about Korea haul plus a little review. Tengok lah macam mana nanti, kalau Adlin rajin.

Hari kelima di Seoul, Korea. 1st April 2016. Pagi-pagi Adlin macam biasa tak breakfast, terus siap-siap untuk turun ke bawah. Tempat pertama yang kitaorang pergi pagi tu ialah Odusan Observatory. Tempat ni sangat dekat dengan Korea Utara ataupun North Korea. Kat tempat ni, kita boleh lah tengok pemandangan di Korea Utara dengan menggunakan teropong yang disediakan. Tapi dari jauh, dah boleh nampak tau keadaan kat sana.

Korea Utara memang sangat berbeza dengan Korea Selatan. Kat sana macam padang jarak padang tekukur. Warna coklat je semua. Pokok pun tak banyak, bangunan semua rendah-rendah je. Menurutnya, dekat sana mereka masih menggunakan kayu untuk buat api, supaya rumah panas. Sebab tu, tak banyak pokok dekat sana. Jalan raya pun yang bukan jalan macam highway, tapi macam jalan kampung je.


Ada sungai yang memisahkan antara dua Korea tu, tapi kalau berenang pun boleh. 400meter je. Cuma ada pagar ah kat keliling sungai.


Adlin nampak pendek :(

Aktiviti seterusnya ialah wild berry winery and jam making. Kawasan ni lagi dekat dengan North Korea hahahha. Kitaorang tak pergi lah tempat dia buat wine tu, cuma pergi tempat pembuatan jam.


Nampak sangat menipu bila tengah masa pun senyum.

Senang je nak masak jam ni hahahah apa yang diperlukan extract wild berry, gula pasir, dan madu. Memula masak wxtract wild berry tu dalam 5 minit, kemudian tuang gula dan madu serentak. Kacau sampai merenek. Tapi kena hati-hati sebab panas. Lepas tu tuang dalam bekas kecil, kita boleh bawak balik.

Dia bagi biskut so kita boleh cicah biskut dengan jam yang panas-panas tu. Sedap gila. Sebab Adlin lapar kot hahaha bila sampai Malaysia jam tu letak je dalam peti ais. Kat kawasan pintu masuk tu, kita orang ambil lah beberapa keping gambar, sebab bunga dah tumbuh.


Mama punya komen: kenapa lah lentok sangat kau ni hahaahahah



Lunch dekat kawasan tu juga. Boleh lah tahan. Ada bibimbap, tteokbokki, ada mi yang diperbuat dari wild berry, ada sandwish dengan wild berry jam, ada apa tah lagi Adlin tak ingat. Adlin rasa semua benda hahahahah

Kitaorang pun mula lah balik semula ke Seoul, sebab nak ke Myeongdong and Namdaemun. Adlin yang paling excited sebab Adlin dah tunggu lima hari nak pergi Myeongdong dengan Namdaemun. Apa beza nya kedua ni? Namdaemun ni lebih kepada market yang jualan lambak tu, Ada macam-macam pilihan lah, beg, baju, stoking, scarf, brooch, kasut, sudu dengan chopstick yang ala Korean drama, macam-macam lah. Kat Namdaemun ni harga dia sangat berpatutan and barang dia pun berkualiti. Kalau kita nak beli beg sandang yang belakang tu, yang saiz dia besar sikit, boleh dapat dengan harga under 30000won lah. (bawah rm100) tapi design dia memang lawa. Bagi Adlin berpatutan lah, sebab design and kualiti tu sendiri.

Myeongdong pula lebih kepada barang yang ada jenama, selalunya macam cosmetic. Kalau kita peminat Korea punya cosmetic, make up and skin care, memang kena pergi dekat Myeongdong. Dari jenama Nature Republic, Innisfree, Missha, Etude House, Tony Moly, The Saem, Holika Holika, Laneige, Iope, Skin79, Aritaum, Banila.co, Amore pacific, macam-macam lah. Setiap satu jenama tu, ada dua tiga kedai dekat kawasan Myeongdong tu sendiri. Tapi dia ada juga kedai baju jenama macam SPOA, forever 21, semua tu and kedai yang jual tepi jalan pun ada. Lagi satu, kita dapat tengok orang Korea punya dress up yang lawa-lawa dekat sini lah. Berjalan macam yang pentas modelling hehehe

Tapi kan, Adlin serious sedih gila. Kita orang ada masa 3 jam je untuk pusing kedua-dua Namdaemun dengan Myeongdong. Dekat je antara dua ni, kalau dari Namdaemun, kita melintas jalan je dah boleh sampai Myeongdong. Adlin habiskan 1 jam dekat Namdaemun and baki 2 jam dekat Myeongdong. Serious tak puas. Mungkin sebab Adlin memang kuat shopping kot. Adlin macam terkilan lah, nak ambil gambar dekat tepi bangunan Nature Republic yang daun-daun tu tak dapat, nak ambil gambar kengkonon tengah dengar orang tu bagi explanation pun tak dapat. 


Satu-satunya gambar selekeh dekat Myeongdong, sebab belon tu exo hahahah

Dapat masuk beberapa kedai yang Adlin nak sangat masuk, tapi tak dapat nak tengok semua benda. Liptint pun tak beli langsung dekat sana. Tahu tak apa yang buat Adlin sedih? Ada satu kedai ni kan dia jual clutch tau, warna putih ada macam design sikit, tapi memang lawa lah. Besar macam clutch, harga dia 10000won(Rm35). Memang lawa gila, and stylish sangat tapi tak dapat nak tengok pun sebab takut tak sempat nak sampai kat kawasan berkumpul. Ada kasut sneakers yang 10000won, ada sweatshirt harga 10000won. Adlin macam sedih sangat masa ni. Sampai sekarang fikir Adlin masih sedih. Adlin minta maaf, meroyan pulak.

Habislah aktiviti untuk hari tersebut. Balik hotel and turun makan dekat satu restoran Indian food. Tapi sebelah malam tu Adlin ikut addition activity, iaitu cruise mengelilingi Hangang. Ni tak ada dalam jadual pun, tapi tambah duit sikit lah. Sebab masa ni spring festival dah mula, plus masa tu malam Sabtu, so ramai juga manusia bersiar-siar kat kawasan tu. 


Merasa naik subway kat Korea. Dari Itaewon ke apa tah nama tempat dia. Tapi kena tukar train. 

Nak ke stesen subway ni, kena lalu bawah tanah. So, kawasan tu banyak tangga. Dah ah tu sesak dengan manusia. Kat Malaysia ni pun, Adlin pernah naik erl dua kali je, dari KLIA2 nak balik rumah naik erl lah. Tu pun masa form4 baru berani naik. Kat Korea, orang nak pergi kerja ke, nak pergi sekolah ke, nak jalan-jalan ke kebanyakkannya ambil subway. Senang, pantas dan menjmatkan masa. 


Map untuk rujukan. Sangat berbelit-belit, macam saraf manusia kan? haahahah


Gambar tu yang penting.

Kat dalam train penuh dengan orang. Bila kitaorang masuk je, ramai yang macam pandang, tapi buat tak nampak. Dalam tu, semua orang menunduk. Kenapa? Semua orang main phone. hhahaha kita yang tak ada internet ni, boleh tengok keliling jelah hahahaha rasa perjalanan tu ada lah dalam 20 minit untuk sampai ke kawasan Hangang. Lepas dah sampai stesen tu, jalan kaki lagi. 


Rezeki kitaorang dapat tengok cherry blossom yang betul-betul. Walaupun belum fully bloom.


Last cruise adalah pada pukul 7.30malam, jadi masa ni adalah dalam beberapa minit untuk bergambar.


Belakang tu lah kapalnya, yang kita orang akan naik. 

Siapa pernah tengok cerita my love from the star? Ingat tak masa scene yang atas kapal tu? Tak ingat lah episode berapa, tak silap Adlin masa tu Chun Songyi nak terjatuh dari atas kapal tu. Diorang tu berlakon dekat tempat ni lah. 


Comelnya XD hahahah


Dalam cruise ni, kita dapat tengok pemandangan malam yang agak cantik. Dekat pertengahan perjalanan tu, kita lalu dekat bawah jambatan, and jambatan tu ada macam air keluar tau, jadi siapa yang atas kapal ni memang akan basah lah hahahah tapi nanti anak kapal akan suruh duduk dekat sebelah dalam kapal.

Ada orang melamar awek dia dekat atas kapal, siap dapat bunga besar lagi. Dekat sini lah dia melamar.


Crew kapal yang cantik :)

Banyak lagi gambar nak share tapi takut post panjang sangat pulak. So, lepas turun je dari cruise, kita orang balik semula menaiki subway. Tak puas lepak dekat Hangang tu, tapi takut sesat susah pulak dah malam kan. Akhirnya, kita orang ambil keputusan pusing-pusing area Itaewon je.


Sini pun dah ada cherry blossom.


Singgah Line Friends Cafe, tapi just untuk ambil gambar je. My favourite character, Brown.

Malam tu, Adlin tidur lambat, pukul 3 pagi baru tidur. Kitaorang lepak dekat bilik Kak Sue and Aunty Anis, makan meggi cup. Dapat lah juga tengok permandangan dari dalam bilik, ramai orang lalu lalang, sebab esoknya kan cuti so orang keluar dengan kawan-kawan. Pergi minum-minum kot, tak tahu lah.

Akhirnya, dah sampai hari terakhir di Korea. Seriously Adlin rasa sedih sikit. Korang pernah rasa tak bila kita balik kampung kan, kalau kita balik kampung dalam seminggu, bila nak balik rumah kita semua, rasa macam sedih je? Adlin rasa macam tu lah, rasa macam sayang nak tinggalkan Korea. Hahahaha mungkin sebab segala yang Adlin dapat pengalaman yang baik-baik, jumpa pun dengan orang yang baik-baik, sebab tu Adlin rasa macam tu. 

Hari last, akhirnya dapat pergi Namsan, and pergi N Seoul Tower. Tempat ni famous dengan lock love yang konon-konon kalau kita letak kunci dekat situ, kita akan berkekalan dengan pasangan kita.


Rindunya sini :(


Muka baby Kiera garang lah.

Pukul 10 pagi, kitaorang bertolak ke Jeil Amethyst Co. Amethyst ni macam adik beradik ruby, topaz juga. Cuma dia berwarna purple. Sangat cantik, tapi tak beli pun sebab dah tak ada duit hehehe. Amethyst ni bagus sebab kita kan terdedah dengan radiasi daripada phone, peralatan elektrik yang lain, so dia boleh macam protect kita daripada radiasi tu. (Kalau salah tolong betulkan yer)

Akhir sekali, kita orang pergi souvenir shop, untuk beli barangan terakhir sebelum pergi airport. Serious tak nak balik :( Flight pukul 4.25 petang dan sepanjang perjalanan Adlin tidur je, mungkin sebab baru terasa penat. Sampai Malaysia, membebel acah Malaysia panas lah apa lah hahaahahah Alhamdulillah sampai Malaysia pukul 9.55 malam tapi Adlin sedih sikit sebab tak sempat jumpa papa. Papa Adlin dah boarding masa tu, untuk ke Jepun. 

Haih bila cerita balik pengalaman kat Korea, terasa rindu dengan suasana dekat sana. Cuaca yang tak terlampau panas, makanan yang sedap-sedap, dan juga orang yang Adlin jumpa pun semuanya baik-baik dan peramah. In sya Allah kalau ada rezeki lagi, Adlin akan datang sini semula one day nanti. Mana tahu kalau ada rezeki lebih boleh pergi Jeju trip or Busan trip. Rindunya Korea tak boleh nak move on lagi huaaa :'( Next post Adlin akan buat haul pulak.

Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes