Korea trip: day 3 and day 4

Assalamualaikum,

Annyeonghaseyo hahah maaflah saya masih tak boleh move on. Woah, Adlin tak sangka Adlin akan update hari ketiga and hari keempat secepat ni. Yelah, Adlin ni kan pemalas nak mati bab update blog ni hahahhaa lagi satu, Adlin sudah semakin lupa apa aktiviti masa dekat Seoul hahahaha So apa salahnya Adlin update kan hahahah

Hari ketiga di Seoul, Korea. 30 March 2016 ceh macam tulis laporan. Bangun pagi-pagi, nak buka tingkap tak boleh pulak. So Adlin pagi-pagi dah layan drama entah apa-apa. Pagi tu, Adlin terasa sangat bersemangat, malangnya bila dapat tahu yang kitaorang sarapan dalam bar, selera Adlin mati. Makan roti sekeping dengan strawberry jam, terus sampai makan tengah hari.

Hari ketiga barulah kitaorang dapat pusing-pusing dekat bandar Seoul. Pagi-pagi lagi, kitaorang dah pergi Gyeongbok Palace, salah satu daripada lima istana lama yang ada dekat Seoul ni. Dekat sinilah yang ada pegawai istana yang berdiri tegak tu je. Hahaha

Kalau korang datang sini, korang akan perasan ramai orang pakai hanbok atau pakaian traditional Korea. Selalunya bila ada pelajar sekolah, atau pelancong yang rajin, mereka akan pakai hanbok masa datang ke sini. Sebabnya siapa yang datang sini pakai hanbok, free je untuk masuk. Tak payah bayar untuk entrance ticket. Adlin tak sure berapa harga entrance ticket untuk masuk ke tempat ni.


Nampak tak istana kat belakang tu? Masa ni kitaorang nak masuk dalam museum dia.


Pemandangan yang cantik termasuk juga Adlin yang cantik XD


The national folk museum of Korea. Dekat dalam ni kita boleh kenal masyarakat dan budaya orang Korea dengan lebih dekat. Contohnya, lagu dodoi masa baby, macam mana tulisan Korea tu dibentuk, cara pakaian di raja pada zaman dinasti dulu.


Rumah traditional dekat Korea, ataupun Hanok. Kecik je comel betul.

Rumah dia comel sangat, ada ruang tamu kecik, dapur sikit dengan bilik tidur. Bilik tidur dia unik sebab suami isteri tak boleh tidur sesama, melainkan diorang kena ... faham-faham je lah. Dekat belakang rumah ni tapi sebelah dalam, ada tempat untuk simpan lembu, sebab takut lembu tu kena curi. Air pula datang dari perigi, and bilik air dekat luar rumah. Laman belakang diorang susun banyak tempayan besar-besar sebab letak kimchi. 


Taman larangan khas untuk raja. Sayangnya tak ada bunga lagi.

Taman larangan ni digunakan untuk raja berehat setelah penat mentadbir negara. Bila dah penat, raja tu berehat lah kat sini. Pemandangan dia pun cantik sangat. Kalau waktu winter, tempat ni akan berubah jadi warna putih, sebab salji sampai kawasan gunung tu pun boleh nampak salji. Kalau musim bunga, pokok cherry blossom ataupun pput kkeut dah tumbuh, jadi seluruh tempat ni jadi warna pink. Kalau bunga dah gugur pun lagi lawa, jadi cherry blossom rain. Waktu summer pulak, daun-daun dah tumbuh, menjadikan kawasan ni hijau je. Kalau musim autumn, warna berubah lagi disebabkan daun-daun yang mula gugur. 

Kat istana ni ada cakap tau pasal raja dengan permaisuri duduk di bilik yang berlainan, sebab semangat yin and yang. Tapi Adlin tak sure sebelah mana dia duduk, sebab Adlin tak tulis note. Hhahaha maaf kan saya ye. Dalam ni besar sangat, dapat tengok tempat raja bertakhta, tempat untuk keluarga diraja berkumpul, tempat untuk pengambilan peperiksaan awam.


Yang pagar sikit tu lah tempat keluarga di raja berkumpul. Contohnya, nak masak BBQ ke, sepupu datang ke, diorang semua berkumpul dekat sinilah.


Dekat pintu masuk istana. 


Adlin rasa kalau Adlin pakai hanbok pun Adlin nampak comel macam diorang hahahahah Diorang ada rombongan high school, tanya umur diorang baru 18 tahun. Sebaya pulak.


Satu-satunya tempat yang ada bunga selain bunga kuning tu hahahaa

Selepas tu, perjalan di teruskan ke Bukchon Hanok Village. Kawasan ni kawasan perumahan yang yang melebihi 100 tahun, tapi masih ada orang duduk kat kawasan sini. Tempatnya dah lah berbukit bukau, tapi fresh sangat. Awal-awal lagi tour guide kitaorang dah cakap jangan bising kat tempat situ, takut kacau orang yang ada dalam rumah. Tapi, masih ada pelancong yang bising jugak. 


Sempit je kawasan sini. Rumah antara satu sama lain dekat, jadi tak boleh bising-bising. Dalam rumah tu pun sama, comel je. Adlin rasa macam doll house je sebab rumah dia comel.


Satu-satunya rumah yang dibuka untuk pelancong. Ada satu lagi rumah tapi kena bayar 5000won. Yang ni tak payah bayar.


Jumpa lagi orang pakai hanbok, rasa sesuai sangat. Dengan keadaan rumah macam ni, lepas tu pakai hanbok, terasa macam zaman dulu-dulu. Dalam cerita The moon that embrace the sun hahahaha

Jalan sampai atas bukit tu, dapat lah tengok pemandangan kat bawah. Dari atas tu boleh nampak Presidentional Blue House, rumah perdana menteri Korea. Nampak ada bendera Korea berkibar dekat kawasan rumah dia. Macam rumah banglo biasa je. Tour guide cakap kalau rumah besar-besar nanti rakyat bakar rumah dia hahahaah.


Tangan tu kenapa hahahah

Lepas tu, kitaorang pergi lunch dekat satu Japanese style restaurant, tapi makanan still Korea. 


Menu yang hampir sama kan. Adlin dah start muak dengan ikan masa ni hahahah

Perjalanan diteruskan ke Kimchi School and hanbok wearing. Adlin tak ingat tempat di kat area apa hahahah. Masuk-masuk je terus kena pakai hanbok. Dah lah baru lepas lunch, so Adlin nampak gemuk sikit. (Tak nak mengaku yang kita chubby)


naega gongju yeyo hehehe I'm a princess

Puas bergambar, kitaorang masuk kelas kimchi. Dia cerita cara-cara nak buat kimchi. Biarkan kobis panjang dengan garam selama beberapa jam, buat campuran sos dia. Korang boleh lah baca resipi nak buat kimchi dekat internet hahahahah Kimchi yang kita dah buat tu, tak boleh bawak balik. Kimchi tu semua akan didermakan kepada rumah anak yatim kalau tak silap Adlin. 

Lepas tu kitaorang pergi Dongdaemun. Dekat Dongdaemun ni ada 6 bangunan shopping complex yang besar, tapi kitaorang masuk satu bangunan je, sebab dalam tu je yang ada kedai souvenir yang murah sikit harga dia. Adlin ada lah juga membeli sikit-sikit, lebihnya Adlin pusing-pusing je hahahaha 



Strawberry ni 5000won, lebih kurang Rm 16. Manis sangat. Ada yang 7000won, lagi besar. Dah sampai Malaysia, menyesal sebab tak beli.

Kitaorang sampai hotel pukul 5.15 petang. Dia bagi masa sampai pukul 6 untuk solat dalam bilik, sebab sana susah nak cari surau kan. Lepas tu keluar makan, dekat je restoran tu, jalan kaki pun boleh. Restoran Indian tau tapi sumpah familiar. Adlin rasa macam pernah nampak restoran tu dalam cerita My Neighbor Charles dekat KBS World. Tapi Adlin tak tanya lah hahaha. Malam tu baru dapat makan ayam, sedap gila. Buttered chicken dengan roti naan. 

Sebab dah penat, malam tu rasa mengantuk je mata. Layan Captain Yoo sambil minum melon milk, lepas tu terus tertidur.


Captain Yoo!!


Hari keempat, dengan tak sarapan nya Adlin cuma alas perut dengan strawberry milk. Hari ni misi nya cuma shopping. Pagi-pagi lagi dah pergi skincare cosmetic shop. Jalan-jalan cuci mata je, sebab Adlin memang dah target nak shopping dekat Myeongdong. Tapi terbeli juga lah hahahaha


Mood off sikit hari ni. Hmm

Lepas tu, kitaorang pergi Gwanjang Korean Silk Market. Kat sini paling best, sepanjang jalan tu Adlin ucap terima kasih je. Sebab apa?? Sebab ahjumma-ahjumma yang jual makanan kat market tu cakap Adlin cantik hehehehe Orang dah puji, kita kena ucap terima kasih kan hahahaha. Kat sini kalau nak beli kain baju kurung cotton boleh lah, 4 meter berharga 15000won(Rm40+) . Tapi kalau beli banyak-banyak, mintalah discount sikit. Boleh dapat 10000won(Rm35) untuk 4 meter. Adlin ada juga borak dengan ahjussi kat situ, guna very limited Korean hahahah bantai jelah asalkan boleh faham. 

Perjalanan diteruskan ke Korean National Ginseng. Dekat sini pun Adlin tak beli apa-apa. Hahaha nak beli pun, siapa nak makan? Dia bagi rasa sikit, ginseng yang dah siap campur madu. Still tak boleh terima tekak, pahit huhuhu.

Disebabkan ada masa lagi, kita orang pun pergi tengok red pine punya ubatan. Sama je macam ginseng, tapi mahal sikit hahahah Adlin dapat lah tahu serba sikit, yang orang Korea ni akan pencen umur 70tahun, jadi makanan tambahan macam ni bagus untuk memastikan kesihatan terus terjamin. 

Lepas tu kitaorang pergi lunch, kali ni dapat makan sup octopus. Serious sedap ahhaha


Sup tak sampai lagi masa ni. Hehehe

Kat restoran ni Adlin rasa one of the best juga lah, sebab restoran dia sedap. Kimchi dia pun sedap. 

Dah habis makan, kitaorang pergi ke Lotte World Duty Free. Okay kat sini bestnya sebab kat tingkat 5 tu, macam-macam jenama make up ada. Rambang juga mata. Tapi Adlin tak beli apa-apa pun, sebabnya semua barang dijual banyak-banyak. maksudnya contoh kalau Tony Moly punya mask, dia tak jual 10 keping macam tu, dia jual terus 100 keping tapi yang sama je semua. Kalau beli, tak dapatlah merasa pakai yang berbeza sikit kan. Ada black sugar scrub tu pun dia jual 3 bekas, haih tak habis lama juga tu kalau 3 bekas.

Lagi satu, diorang kebanyakannya boleh cakap Korean (obviously), Chinese, Japanese tapi sangat sikit yang boleh cakap English. Adlin jalan dengan seorang akak ni, dia pandai cakap Mandarin, so bila nak beli barang, cakap tiga bahasa. Mandarin, Korean sebab Adlin faham sikit-sikit, and English. Salesgirl tu pun penat.


Macam semalam kitaorang solat dekat hotel, sebelum keluar makan malam. Kali ni tak lalu jalan utama kat Itaewon tu, lalu jalan berbukit-bukau kat sebelah belakang. 5 minit jalan kaki dah sampai restoran. Restoran makanan Korea yang halal. Nama kedai dia Makan Halal restaurant. Maaf tak ada gambar sebab dah lapar sangat.


Sementara tunggu orang lain turun. 

Lepas makan, dapat pergi masjid Itaewon, satu-satunya masjid dekat Seoul. Dalam 4 hari tu, baru lah dapat dengar orang azan. Masa tu dah nak masuk maghrib, mendayu-dayu je azan. Buat Adlin rasa nak nangis. Ada orang tu dia dah homesick lama-lama duduk negara orang. Rasa nak nangis je hahahah


Kat Korea ada dua je masjid utama kalau tak silap Adlin, satu dekat Itaewon satu lagi dekat Busan.

Lepas solat maghrib, Adlin ikut aunty yang nak berjalan-jalan dekat Itaewon. Bila diorang semua dah rindu nak minum teh tarik, mencarilah kitaorang kedai teh tarik hahahaha tapi teh tarik dia tak sama dengan Malaysia. Diorang punya teh rasa ginseng sikit. 

Balik dah penat sangat, terus tidur. Mana tak nya shopping tak ingat, lepas tu mengadu penat hahaha Hari ni jugalah yang tak banyak gambar sangat. Tak tahu nak ambil gambar kat ceruk mana hahahahah

Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes