A little about matriculation program - PART 1

Assalamualaikum and hello earthling,

Alhamudillah lagi empat hari, Adlin finally graduate from Perak Matriculation College after 10 months being a student there. 10 bulan yang Adlin rasa penat sangat. Okay back to topic, hari ni Adlin nak share sikit pasal kehidupan di matriks untuk adik-adik yang bakal masuk matriks terutamanya yang bakal jadi student KMPk. Adlin harap dengan sharing pengalaman sendiri, dapat lah membantu adik-adik supaya prepare hati, mental dan fizikal untuk menghadapi kehidupan sebagai student matriks.

Program matrikulasi ni adalah salah satu jalan yang selalunya diambil oleh adik-adik lepasan SPM untuk menyambung pelajaran. Selalunya kita dengar orang cakap yang "Hmm matriks susah." ataupun "Duk matriks stress lah.". Adlin nak tipu pun, tulah kenyataan dia. Masuk matriks memang akan stress pun. Tapi korang, ni lah masanya nak cabar diri kita. Kita tak akan tahu kemampuan diri kita sampai mana. Abaikan apa orang cakap. Kalau korang rasa keputusan masuk matriks tu yang terbaik, masuk je. Redah je //Adlin merapu.// Jangan dengar cakap orang. Kecuali orang tu adalah mak sendiri. Kalau mak tak kasi, jangan jadi anak derhaka okay?

Okay, start again. Bagi sesiapa yang tak tahu program matriks ni macam mana, ada tiga module science and satu module account akan ditawarkan kepada students. Ada sesetengah college menawarkan course teknikal, tapi KMPk tak ada course teknikal. Antara subject yang korang akan belajar mengikut module korang:

Module satu: Mathematics, Chemistry, Biology, Physic
Module dua: Mathematics, Chemistry, Physic, Sc computer
Module tiga: Mathematics, Chemistry, Biology, Sc computer
Account: Mathematics, Ekonomi, Account, Pengurusan Perniagaan (Business)

Adlin ambil module tiga, so basically kita akan banyak hafal. Kalau ambil module dua pulak, banyak kiraan yang kita akan buat sebab physic. Adlin memang tak suka kira-kira ni sebab tu ambil module tiga. Kalau korang rasa boleh buat, better ambil module satu.

Masa semester satu, untuk subject biology dengan chemistry, mostly kita revise balik apa yang kita belajar masa sekolah menengah, tapi dengan lebih mendalam. Kalau biology, kita start dengan topic molecule of life, belajar pasal air, carbohydrates, lipid. Ada topic cell division, population, mendalian law semua tu, dna replication. Kalau semester 2, start dengan tajuk paling panjang and memeningkan, biodiversity. Kena hafal phylum, class, characteristics of each phylum. Pastu belajar chapter glycolysis, enzyme, photosynthesis. Tak payah lah tahu semua nanti pening, cukup lah korang tahu sikit-sikit je. Oh, and Biology untuk dua semester ada lebih kurang 20 chapters.

Untuk chemistry, untuk semster satu, basically korang banyak kira. Calculator penting untuk semester satu. Korang akan mula dari basic kira molar mass, moles, molarity, molality, mole fraction, macam-macam kira. Kalau semester dua pulak, chapter yang paling best organic chemistry. Sumpah chapter best, hafal je tak ada kiraan pun. Macam biology, chemistry pun ada lebih kurang 20 chapters jugak untuk dua semester.

Untuk mathematics, alaa mathematics kena tahu nak kira je. Hafal formula and jangan salah tekan calculator. Antara chapter yang korang akan belajar, integration differentiation permutation and combination, limits, apa tah lagi hahaha subject yang Adlin rasa paling susah untuk survive. Tak silap Adlin, mathematics pun 20 chapters untuk dua semester.

Sc computer pulak, senang nak score subject ni kalau korang rajin menghafal. Semester satu ada empat chapter, and hafal je. Semester dua pun empat chapter, multimedia, database, information system and programming. Untuk programming agak tough, tapi sebenarnya okay je. Buat banyak latihan in sya Allah boleh score.

Untuk physic, Adlin tak ambil subject physic tapi apa yang Adlin tahu serba sikit pasal subject ni, First of all, semester satu fizik banyak main dengan persekitaran. Contohnya kita belajar pasal speed, project tile motion, torque. Semester satu banyak kiraan and akan jadi senang kalau korang insaf awal. //Adlin tak cakap, roommate yang cakap.// Oh, and physic semester satu banyak bersambung. Contohnya kalau tak faham chapter one atau chapter two, korang akan susah nak buat chapter belakang. Sebab sometimes formula dari chapter depan akan guna kat chapter belakang. Kalau semester dua pulak, dia banyak chapter tapi tak sama macam chapter satu. Contohnya chapter one belajar pasal electric, chapter two pasal electric chapter three pun electric. Kebanyakkan semester two belajar pasal electric, radioactive. Lagi satu dia tak banyak kiraan yang complicated. Kena faham soalan je. Untuk exam pulak, dari semester satu kena pandai graph. Tu soalan wajib. Untuk semester dua,tak ada soalan wajib. Means dari 8 soalan, pilih je 6 soalan. So kita boleh prepare chapter yang kita nak je. Kita boleh prepare awal sebab kita akan tahu pattern soalan macam mana. In a nutshell, physic sebenarnya menarik. Banyak experiment best yang boleh buat korang kagum. Korang kena more focus dalam lab, sebab kalau faham dalam lab korang akan lebih faham thoery dia. Pesanan dari roommate Adlin, physic tak susah pun. Jangan dengar cakap orang  yang physics ni susah. -Ain the seekers


Adlin tak boleh nak describe sangat pasal account. Tapi jangan anggap account senang. Pun susah jugak. Sama je macam student yang ambil aliran science. Roommate Adlin ambil account, so Adlin tengok banyak juga kena hafal untuk ekonomi. Untuk business dengan account pulak banyak kira. Kira hutang, kira debit credit. Entahlah hahahah Paling interesting pasal student account, paper diorang semua satu. Kelas pun selalu start lambat, kadang-kadang balik awal. Jealous.

Adlin harap dapat bantu serba sikit kat adik-adik yang baru nak masuk matriks. Nanti Adlin akan update part two and part three. Kali ni lebih kepada kolej Adlin, Kolej Matrikulasi Perak. See you soon ~

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review: Victoria secret's perfumes

EatLynn: Trying Korean Food at K-Fry Urban IOI Mall City