Linjourney : Cruise at Putrajaya

Assalamualaikum and hello earthling,

Alhamdulillah 1000x sebab akhirnya Adlin dah officially graduated dari matriks. Lepas ni, Adlin sambung buat part two of a little about matriculation college.

Anyway, Adlin kan dah menetap dekat area Sepang ni dari umur 6 tahun, sampailah Adlin dah 19 tahun. Memang setiap bulan Adlin akan pusing-pusing Putrajaya sama ada sebab nak pergi Alamanda (masa ni tak ada IOI City Mall lagi) ataupun sekadar jalan-jalan dengan family. Tapi, sepanjang Adlin tinggal kat sini, Adlin tak pernah naik cruise yang kat Putrajaya tu.

Tapi, semalam akhirnya Adlin dapat jugak naik cruise, pusing tasik Putrajaya tu. Tu pun sebab ikut ummi (ibu saudara Adlin sebelah papa). Anjuran Muslimat Masjid Kota Warisan. Adlin pergi dengan ummi, abi, and anak-anak ummi.

First time naik cruise kat Putrajaya, menarik sebenarnya pengalaman tu. Cruise ni ada yang 20 minit, ada 40 minit and ada pakej yang siap makan-makan dalam cruise lagi. Sumpah kalau nak kahwin atas cruise ni, memang akan menarik sangat-sangat. Hehehe berbalik kepada cruise, masa perjalanan akan ada sorang tour guide yang akan terangkan permandangan kiri dan kanan sepanjang Tasik Putrajaya. Adlin tak bawak buku nota masa tu, so Adlin tak salin pun apa yang dia cakap hehehe and bila kita dah pusing balik, baru boleh naik tingkat atas untuk ambil gambar.

Serious Adlin rasa ni pengalaman yang sangat menarik. Cuaca masa tu baru habis hujan, jadi segar and sejuk je rasa. Pergi dengan rombongan 'mak cik kiah' memang ada banyaklah makanan jawabnya. Kuih apam, sandwish sampai tapai pun ada. Oh, kalau korang datang Putrajaya, Adlin recommend naik cruise ni. Tapi, harga tiket Adlin tak sure, sebab semuanya under ummi Adlin. Kalau mahal nak naik cruise, banyak lagi tempat menarik kat Putrajaya ni yang boleh pergi. Jangan risau!

Kat bawah Adlin sharekan sikit gambar sepanjang trip ni.

Pembahagian makanan oleh acik-acik ni. Kenyang perut
Radwa

Rombongan muslimat

Kuat berangan memang macam ni.. Badan Adlin naik, so jangan tegur!


Ummi, Husna and Radwa

3 comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review: Victoria secret's perfumes

EatLynn: Trying Korean Food at K-Fry Urban IOI Mall City