Linjourney: Bandung Trip Day-1 and Day-2

Assalamualaikum and hello earthling,


Edit: This was written on 3 February 2018, and baru sempat post hari ni. Enjoy reading!

I am writing this before getting ready for my forth day of Bandung Trip. Yup I'm currently at Bandung, Indonesia now!


Adlin memang tak pernah sampai lagi ke Indonesia sebelum ni. Memang first time sampai Indonesia. Disebabkan Adlin melancong menggunakan travel agency, jadi semua perkara seperti tiket masuk dan hotel memang dah disediakan, jadi tak perlu fikir-fikir lagi dah. Cuma bawa duit untuk shopping dan duit makan. Kali ni bercuti tak termasuk harga untuk duit makan sebab makanan kat Bandung ni a little bit pricey dari kawasan Indonesia yang lain.

First day was so tired. Flight dari KLIA2 pukul 6 pagi dan tiba di Seokarno-Hatta Iternational Airport, Jakarta lebih kurang pukul 8 pagi. Dari Jakarta Airport tu, kami terus bertolak ke Bandung. I swear it was so tired and it jammed a lot hahahaha Adlin expect cuma 2 hours perjalanan untuk sampai ke Bandung, tapi rupanya 8 jam perjalanan. Tapi sebabkan tak lalu highway, lalu kawasan bukit bukau, so permandangan sangat cantik. Walaupun permandangan cantik, Adlin tidur je dalam perjalanan jadi tak dapat tengok pun apa yang berlaku.

Strawberry milk still taste the same lol.

Bila sampai Bandung, tempat pertama kami berjalan tempat kain sulam. Memang kedai tu jual kain sulam je, tapi sebab penat semua tak ada mood nak shopping.

Lepas dinner, kami check in hotel dekat Bandaraya Bandung.

Lobby hotel. Masa ni Adlin dah tak ada tenaga kat kaki huhu.

Bilik Adlin. Kecik and comel je.

Bilik Adlin seorang je. So terasa luas tapi bosan yang amat :") 


Second day
1 February 2018

Hari kedua banyak aktiviti best. Tempat pertama kami pergi pagi tu, farm house dekat kawasan Lembang. Tempat ni sumpah lawa macam Bukit Tinggi, Pahang. Ada kawasan macan European Style, ada hobbit house and yang paling Adlin suka ada kambing biri-biri. Tapi Adlin expect biri-biri tu gebu, tapi tak gebu pun. Sedih gila lol

Tiket masuk. Nanti boleh tukar tiket ni dengan air susu.

Susu ada tiga pilihan, susu putih, strawberry and chocolate. Kita boleh pilih. Tak kesahlah nak tukar before masuk or masa keluar dari kawasan tu.

Sejuk kawasan dia. Tapi tak ada benda menarik sangat pun.

Hobbit house.

Kat sini pun ada tempat kunci ala-ala kat Namsan Tower. 

Gembira teramat ye muka cik Adlin. 

Destinasi kedua pada hari tersebut ialah The Lodge Maribaya. The lodge maribaya ni adalah adventure park, yang mana ada aktiviti yang kita boleh cuba untuk main. Lepas tu boleh beli gambar yang dijual oleh diorang. Ada banyak aktiviti macam zipbike, sky swing, paragliding lah. Tapi semua tu sekadar photospot je. 

Adlin cuma berpeluang mencuba zipbike je sebab masa tak cukup. Gayat tapi puas hati sebab dapat cuba sesuatu yang baru.

Kaki rasa macam jelly je lepas tu.

Untuk setiap aktiviti, kita akan dikenakan bayaran sebanyak 20k rupiah, lebih kurang RM6-RM7 lah. Gambar pula dia jual sebanyak 10k rupiah sekeping, lebih kurang RM3. Tapi gambar sekadar softcopy. Adlin rasa a little bit pricey sebab softcopy kan, tapi tak pelah. Merasa je semua kan hahaha

Pintu keluar. Masa kat sini pun tiket tu boleh ditukar dengan susu. 

Hot air balloon. 

Destinasi ketiga kami pergi ke floating market. Bukan dekat Sungai Mekong je ada floating market, kat Bandung pun ada tau. 

Kat sini ada banyak pilihan makanan. Memang boleh pilih lah nak makan apa. Tapi bila dah masuk ke kawasan floating market tu, dia tak guna sistem duit. Kita kena tuakr duit kita dengan coupon tau, and coupon tu kalau tak habis tak boleh tukar balik. Means kalau kita dah tukar kena habiskan juga. 

Adlin tukar 50k rupiah (RM16). Kenyang sebab makan seorang je.

Bakso. Sedap gila!

Okay ni Adlin nak cerita. Ada seorang ahjumma ni (bila Adlin mention ahjumma, means dia makcik dari Korea) dia bercuti dengan kawan kot. Adlin kesian tengok dia tak boleh nak faham dalam menu tau, sebab kebanyakkan dalam menu tu ditulis dalam bahasa Indonesia. 

Adlin pun tolong lah ahjumma ni. Cerita pasal makanan dan tolong orderkan makanan untuk ahjumma tu. Adlin bercakap dengan ahjumma dalam bahasa Korea, lepas tu orderkan dalam bahasa Melayu. Adlin berbangga akhirnya kemahiran bahasa Adlin boleh lah dikatakan semakin baik. Terharu :")

Lepas dah kenyang makan dekat floating market, kami singgah di Kartika Sari dan Amanda. Dua tempat ni jual kek dan brownies yang specialist lah dekat Bandung ni. Tapi Adlin tak beli apa pun. Takut beg tak muat.

Kalau kat Kartika Sari tu, kek yang dijual lebih banyak perasa klasik. Macam perasa original, chocolate, almond dan cheese. Tapi kalau kat Amanda tu, kek dia lebih banyak perasa. Ada green tea, strawberry dan blueberry. Maksudnya dekat Amanda tu ada banyak lebih moden lah berbanding Kartika Sari. 

Coklat perasa rendang

Kami malam tu makan ayam penyet. Dan avocado juice. Ya Allah that is my favourite juice. Sedap gila. Lima hari kat Bandung, hari-hari minum avocado juice. 

This was so good!!

Ayam penyet dia lain. Tapi sedap.

Lepas dinner kami singgah di Outlet Factory Jalan Riau. Kat sini, outlet factory dia bukan dalam satu bangunan, tapi dekat satu lorong. Means ada outlet factory Jalan Riau, ada outlet factory Jalan Merdeka. Kira ada banyak lah factory outlet. Maaf tak ada gambar sebab jalan raya sesak sangat masa tu, so Adlin tak dapat ambil gambar pun sebab takut nak melintas semua. 

Lepas habis shopping, semua balik ke hotel kepenatan. Capek banget. Malam tu Adlin memang tidur awal, sebab hari ketiga pun ada banyak aktiviti juga. 

In next post, Adlin share untuk hari ketiga, keempat dan hari terakhir ye. See you guys again! 

Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes