Random: Semester 2 hwaiting!

Assalamualaikum and hello everyone,


I know I should update the rest days of my Indonesia Trip, tapi sekarang ada benda lain nak cerita dulu kat sini.

Alhamdulillah, new semester just started yesterday. Kelas pertama Adlin pun mula semalam, tapi disebabkan flight Adlin pukul 6.55 pagi, Adlin ponteng kelas pertama huhu macam mana nak mulakan semester baru dengan penuh keberkatan kalau kelas pertama pun dah ponteng? Teruk betul Adlin Sofiya ni.

Semester kali ini Adlin rasa jadual macam tak penuh sangat berbanding semester lepas. Walaupun dua-dua semester ni ada 5 core subjects, tapi nampak kali ni macam okay sikit. Mungkin sebab kita dah adapt dengan suasana pembelajaran ataupun mungkin sebab baru minggu pertama, tu yang terasa santai sangat.

Semester kali ni Adlin dapat bilik bawah juga macam semester lepas. In fact, rumah sebelah je. Roommate Adlin pula housemate masa semester lepas. Kiranya dah kenallah. Harapnya tak adalah gaduh ke apa ke. In sya Allah segalanya akan dipermudahkan. Ecah (roommate Adlin) dia ada periuk nasi tau. Jadi semester kali ni kitaorang tak beli nasi kat cafe, cuma beli lauk je. Dapatlah kitaorang makan nasi panas semester kali ni. Orang lain mungkin pandai nak masak lauk ke jadi akan lebih jimatkan. Tapi kami dua-dua tak pandai memasak. Tak apalah, dapat nasi panas pun dah kira bersyukur.

Rasanya setiap semester mesti kita tanam azam baru. Adlin pun macam tu juga.Bagi Adlin, semester lepas punya keputusan peperiksaan tidak begitu membanggakan, jadi Adlin memang nak sangat dean list untuk semester ni. Nak rasa juga jadi budak-budak 4 rata kan. Hahaha In sya Allah kalau kita berusaha dan berdoa boleh tercapai azam kita kali ni.

Semester kali ni pun Adlin harap dapat kurangkan sikit berat badan. Walaupun cuti cuma 3 minggu je, baju-baju Adlin terasa ketat dekat perut. Perut Adlin dah buncit :")))) Tadi pakai baju kurung modern tau, nampak buncit kat perut. Adlin salahkan ayam penyet yang Adlin makan masa kat Bandung tu.

Untuk misi kurangkan berat badan tu, Adlin bercadang nak makan nasi sehari sekali je. Ikut cara dari kelab diet kalori dekat facebook, kalau nak turun berat badan, ambil portion dengan cara suku-suku-separuh. Ini sebenarnya kempen pinggan sihat dari KKM. Suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayuran dan buahan. Kita tengok setakat mana Adlin boleh bertahan makan macam ni ye! Adlin boleh!


Disebabkan dah semakin banyak merepek, sampai sini sahaja blog post kali ni ye. Adlin sebenarnya tengah tengok weekly idol infinite. Sedih betul tengok Infinite. Terasa diorang dah membesar. Nanti Adlin update lagi ye. See you in next post!

Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes